Permohonan Menggunakan NOSS Baru

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1 yang telah bersidang pada 27 Jun 2012 telah memutuskan supaya permohonan menggunakan NOSS baru tidak perlu dikemukakan dengan serta-merta sebaliknya PB/PLK diberikan tempoh masa 6 hingga 12 bulan selepas NOSS baru diwartakan.

Mesyuarat juga memutuskan supaya PB yang memohon untuk pertukaran NOSS di mana tempoh pentauliahan program NOSS lama masih sah dan melebihi 6 bulan sebelum tarikh tamat pentauliahan, perlu mengemukakan bayaran pemprosesan sebanyak RM 200.00 per tahap dan tempoh latihan akan diberikan 3 tahun dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1 semasa.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”

Pengarah Bahagian MOSQ

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…