Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Antarabangsa (PPA)

Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Antarabangsa (PPA) terbahagi kepada 5 unit :-


1) Unit Penyelarasan Dasar 1

  1. Merancang dan menyelaras pembangunan dasar-dasar, polisi dan pelan strategik Jabatan berkaitan TVET melalui Mesyuarat Penyelarasan Dasar (MPD);
  2. Merancang dan menyelaras penyediaan Jawapan Pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkenaan Jabatan;
  3. Merancang dan mengurus aktiviti Kumpulan Perancang Strategik Jabatan; dan
  4. Merancang dan mengurusetia Jawatankuasa Penilaian Kecemerlangan untuk Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan bagi Skim Perkhidmatan PLV dan PPLV.

 

 2) Unit Penyelarasan Dasar 2

  1. Merancang dan menyelaras aktiviti berkaitan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Akta 652) dan peraturan berkaitan;
  2. Merancang dan mengurus maklumbalas berkaitan TVET kepada agensi serta pemegang taruh;
  3. Mengurus dan menyelaras penyediaan statistik berkala mengikut keperluan pemegang taruh; dan
  4. Menyelaras dan mengemaskini Q-fact Jabatan.

 

3) Unit Koordinasi Dasar 

  1. Merancang dan mengurusetia Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) dan jawatankuasa kerja di bawahnya;
  2. Merancang dan mengurusetia Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET Bersama MQA ;
  3. Merancang dan menyelaras aktiviti jabatan untuk Majlis TVET Negara (MTVET) dan jawatankuasa di bawahnya.
  4. Menyelaras hasil dapatan kajian daripada JPK dan agensi berkaitan untuk penambahbaikan pelaksanaan TVET.

 

4) Unit Pembangunan 

  1. Merancang dan mengurus permohonan peruntukan bagi projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek pembangunan jabatan di bawah Rancangan Malaysia.
  3. Menyelaras dan menyedia laporan pelaksanaan aktiviti projek pembangunan (kepada agensi berkaitan).
  4. Menyelaras dan mengemaskini maklumat dalam sistem pemantauan projek pembangunan.
  5. Menyelaras dan melapor pencapaian outcome bagi setiap projek pembangunan
  6. Merancang dan mengurus pelaksanaan program pembangunan bakat Jabatan

 

5) Unit Antarabangsa / KPI

  1. Merancang dan menyelaras penyediaan kertas dasar untuk penglibatan Jabatan dalam TVET di peringkat antarabangsa.
  2. Menyelaras maklumat berkaitan dasar dan polisi TVET Jabatan di peringkat antarabangsa.
  3. Merancang dan mengurus penyertaan jabatan dalam program antarabangsa.
  4. Mengurus dan menyelaras penyediaan maklumbalas Jabatan berkaitan TVET  untuk program antarabangsa.
  5. Merancang dan mengurus pelaksanaan Business Plan Jabatan; dan
  6. Mengurus dan menyelaras penyediaan laporan pencapaian KPI Jabatan.

 

6) Unit Pengurusan Maklumat

Peranan utama Unit Pengurusan Maklumat merangkumi aspek pengurusan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan pemantauan sistem-sistem atas talian sedia ada, membangunkan dan mengemaskini portal JPK,  serta mengawal operasi teknikal dan memastikan keseluruhan sistem penyampaian perkhidmatan JPK dilaksanakan dengan cekap dan efisyen. Peranan dan tanggungjawab Unit Pengurusan Maklumat akan diperluaskan selaras dengan pelaksanaan dan penggunaan MySPIKE secara rasminya kepada semua  pihak berkepentingan (stakeholder) JPK .

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…