Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)
Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) terbahagi kepada 5 unit iaitu:-
1) Unit Pengurusan Dan Kawalan Kualiti
- Mengurus rundingan/ permohonan bagi pembangunan OF / NOSS WIM/SOALAN (baharu/kaji semula);
- Mengurus mesyuarat tajuk bagi OF/NOSS/SOALAN/WIM;
- Mengurus peningkatan kemahiran bagi fasilitator, dokumentor & pembaca pruf;
- Mengurus dan merancang Mesyuarat JTS;
- Mengurus pengkodan setiap NOSS selepas pengesahan pada peringkat MPKK;
- Mengurus dan mengawal selia data statistik & daftar NOSS;
- Mengurus pendaftaran MyIPO;
- Membangunkan Sistem Automasi pembangunan standard & kurikulum; dan
- Menambahbaik pengiktirafan Standard diperingkat antarabangsa melalui penubuhan International Panel Review Committee (IPRC).
2) Unit Pengurusan Kerangka Pekerjaan
- Mengurus pembangunan OF dalaman -baharu/ kaji semula;
- Mengurus pembangunan OF secara luaran –baharu/kaji semula;
- Mengurus pembangunan OF ILB –baharu/kaji semula;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf OF;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel OF (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan OF dalaman, luaran dan ILB;
- Mengurus mesyuarat JTPOF;
- Merancang dan mengemaskini dokumen OF di dalam laman sesawang JPK;
- Mengurus edaran OF kepada pemegang taruh (stakeholder)/ agensi berkaitan – (ILMIA, PERKESO, IPTA/ILKA); dan
- Mengurus Perolehan OF.
3) Unit Pengurusan Standard
- Mengurus pembangunan NOSS dalaman -baharu/ kaji semula;
- Mengurus pembangunan NOSS secara luaran –baharu/kaji semula;
- Mengurus pembangunan NOSS ILB –baharu/kaji semula;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf NOSS;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel NOSS (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan NOSS dalaman, luaran dan ILB;
- Mengurus mesyuarat JTPS;
- Merancang dan memastikan NOSS yang lengkap disediakan bagi keperluan JTS;
- Mengurus pemetaan standard (NOSS/NCS/K-SLDN);
- Mengurus dan mengemaskini NOSS di dalam SKKM; dan
- Mengurus Perolehan NOSS.
4) Unit Pengurusan Kurikulum
- Mengurus pembangunan WIM dalaman -baharu/ kaji semula;
- Mengurus pembangunan WIM secara luaran –baharu/kaji semula;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf WIM;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel WIM (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan WIM dalaman dan luaran;
- Mengurus mesyuarat JKPKP;
- Merancang dan memastikan WIM yang lengkap disediakan bagi keperluan JKPKP;
- Mengurus pemetaan kurikulum;
- Mengurus dan mengemaskini WIM di dalam SKKM;
- Mengurus Perolehan WIM; dan
- Menyelaras pembangunan kurikulum bersama agensi kerajaan & swasta.
5) Unit Pengurusan Soalan dan Penilaian
- Mengurus pembangunan Soalan dalaman -baharu/ kaji semula;
- Mengurus pembangunan Soalan secara luaran –baharu/kaji semula;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf Soalan;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel Soalan (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan Soalan dalaman dan luaran;
- Mengurus mesyuarat JKPKP;
- Merancang dan memastikan Soalan yang lengkap disediakan bagi keperluan JKPKP;
- Mengurus dan mengemaskini Soalan di dalam eQB menggunakan SKKM;
- Mengurus Perolehan Soalan;
- Mengurus database soalan berpusat di dalam eQB;
- Menyelaras penambahbaikan aktiviti berkaitan sistem eQB; dan
- Menyelaras pembangunan Soalan bersama agensi kerajaan & swasta.