Bahagian Pentauliahan

Bahagian Pentauliahan terbahagi kepada 3 unit iaitu :-

 

1) Unit Pentauliahan SLaPB

  1. Mengurus dan menyelaras aktiviti pentauliahan SLaPB bagi penyedia Latihan kemahiran awam dan swasta di bawah Akta 652 melibatkan 13 negeri (1500 PB, 6000 program).
  2. Semakan dokumen pentauliahan SLaPB,berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO (PB Baharu dan Pembaharuan Program).
  3. Menguruskan dokumen pentauliahan PB Baharu dan Pembaharuan Program untuk semakan Audit Dalaman dan Luaran ISO.
  4. Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan SLaPB
  5. Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan SLaPB.
  6. Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan PB SLaPB.
  7. Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan PB SLaPB
  8. Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan SLaPB.Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan PB SLaPB
  9. Merancang dan menyelaras keperluan system pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan PB SLaPB
  10. Mengurus Mesyuarat Pra Jawatankuasa Teknikal.
  11. Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat.
  12. Mengurus, melantik panel dan mengadakan bengkel pemetaan Kurikulum bagi pentauliahan induk agensi awam.

 

2) Unit Pentauliahan SLDN

  1. Menyelaras dan menguruskan aktiviti pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah SLDN (Pusat Latihan dan Syarikat) di bawah Akta 652 melibatkan 13 negeri (1600 PB, 4000 program).
  2. Menyelaras dan menyemak dokumen pentauliahan SLDN, berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO (PB Baharu dan Penambahan Program).
  3. Menguruskan dokumen pentauliahan PB Baharu dan Penambahan Program untuk semakan Audit Dalaman dan Luaran ISO.
  4. Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan SLDN.
  5. Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan SLDN.
  6. Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan SLDN.
  7. Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan SLDN.
  8. Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan SLDN.
  9. Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan SLDN.Merancang dan menyelaras keperluan sistem pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan SLDN.
  10. Mengurus Mesyuarat Pra Jawatankuasa Teknikal.
  11. Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat.

 

3) Unit Pentauliahan (Penyelarasan Dan Bimbingan)

  1. Menggubal polisi, dasar dan peraturan berkaitan pentauliahan berdasarkan Akta 652.
  2. Mengendalikan khidmat runding kepada penyedia latihan/agensi/ industri/ individu.
  3. Menyelaras data dan statistik berkaitan pentauliahan.Menyelaras kerjasama dalam dan luar negara berkaitan operasi pentauliahan.
  4. Merancang dan menyelaras peruntukan mengurus, amanah dan pembangunan berkaitan pentauliahan.
  5. Mengurus dan menyelaras aktiviti pentauliahan PB Antarabangsa
  6. Mengurus dokumen pentauliahan NDT berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO.
  7. Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan PB Antarabangsa.
  8. Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan PB Antarabangsa.
  9. Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan PB Antarabangsa
  10. Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan PB Antarabangsa
  11. Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan PB Antarabangsa
  12. Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan PB Antarabangsa
  13. Merancang dan menyelaras keperluan sistem pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan PB Antarabangsa,
  14. Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Pra dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
  15. Menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat PB Antarabangsa
  16. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal. 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…