Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia (MOSQ)

Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia /  Malaysian Occupational Skills Qualification (MOSQ) terbahagi kepada dua(2) cawangan iaitu :-

A) Cawangan Pentauliahan

    1.  Menguruskan Pentauliahan Bagi Pusat Latihan Yang Ingin Menjalankan Program Latihan Kemahiran Berdasarkan Standard Kemahiran                                                               Pekerjaan Kebangsaan. 

         i.  Memproses permohonan pentauliahan pusat bertauliah dan program kemahiran bagi Tahap 1, 2, 3, DKM dan DLKM.

        ii.  Memproses permohonan pelaksanaan pengambilan pelatih antarabangsa.

    2. Menguruskan Kawalan Jaminan Kualiti Sistem Pentauliahan Di Pusat Bertauliah Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Berkaitan  
         Penawaran, Pentadbiran Dan Pengekalan Kualiti Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

         i.   Mengendali Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia menerusi pemantauan perlaksanaan latihan kemahiran.

               a)  Menguruskan pendaftaran pelatih melalui kaedah pentauliahan.

               b)  Menguruskan kawalan Sistem Jaminan Kualiti Persijilan di pusat bertauliah iaitu Kerja Kursus, Penilaian Akhir, Projek Akhir dan Latihan Industri.

               c)  Menguruskan proses verifikasi Pegawai Pengesah Luaran melalui sistem pentauliahan pusat bertauliah dan menganalisa laporan verifikasi Pegawai Pengesah                      Luaran (PPL).                                       

              d)  Menguruskan pengeluaran Sijil melalui kaedah pentauliahan.

              e)  Menguruskan tuntutan perjalanan dan elaun PPL.

         ii.  Mengurus dan mengendalikan Skim Pensijilan Kebangsaan SPKM (pengurusan ujian kemahiran kebangsaan) bagi program Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive               Testing – NDT).

              a)  Mengendalikan aktiviti penilaian calon peperiksaan NDT (calon baru, calon mengulang dan calon persijilan semula) di pusat-pusat peperiksaan yang dilantik                          sehinggalah pengeluaran slip markah peperiksaan.

              b)  Mengendalikan pengeluaran Sijil SKM bagi permohonan persijilan baru, pembaharuan persijilan (setiap 5 tahun) dan persijilan semula (10 tahun) dan                                    permohonan sijil hilang / rosak / silap cetak.
 
           

B) Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

    i.   Unit Pendaftaran & Operasi PPT1
    ii.  Unit Operasi PPT 2
    iii. Unit Pensijilan & Operasi PPT 3

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…