World Skills Malaysia Pengajar (WSMP)
Pertandingan MySkills terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan berikut ::
Warganegara Malaysia
Pengalaman mengajar dan bekerja di institusi dalam bidang yang dipertandingkan tidak kurang dari 4 tahun
Mendapat kebenaran dan sokongan daripada majikan
Kategori pemohon yang tidak layak bertanding dalam Pertandingan MySkills adalah :
Pemenang Platinum, Emas dan Perak dalam bidang yang sama tidak layak menyertai pertandingan dalam tempoh berikut iaitu Platinum (3 kali), Emas (2 Kali) dan Perak (1 Kali)
Urusetia, panel penggubal soalan dan panel hakim yang terlibat di dalam pertandingan
Prosedur Permohonan
Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu memohon dengan mengiri lengkap borang pertandingan yang dipapar melalui laman web jabatan http://www.dsd.gov.my atau melalui iklan di akhbar utama. Borang penyertaan perlu dikembalikan kepada pihak jabatan sebelum tarikh tutup iklan beserta bayaran sebanyak RM100.00 bagi setiap penyertaan
Penganugerahan
Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir layak menerima hadiah dan wang tunai seperti berikut :
Pemenang | Hadiah |
Platinum | Piala, Sijil dan RM10 000.00 |
Emas | Sijil dan RM7 000.00 |
Perak | Sijil dan RM5 000.00 |
Gangsa | Sijil dan RM3 000.00 |
Sijil Kecemerlangan | Sijil Kecemerlangan dan RM500.00 |