Soalan Lazim Pembelian NOSS
Pembelian NOSS
1. | Bagaimanakah cara untuk mendapatkan set soalan penilaian akhir pengetahuan dan prestasi daripada JPK? | |
Set soalan penilaian akhir pengetahuan dan prestasi boleh diperolehi melalui permohonan kepada Pengarah Bahagian Malaysian Occupational Skill Qualification (MOSQ). | ||
2. | Bagaimanakah cara mendapatkan WIM (Written Instructional Materials)? | |
WIM boleh diperolehi di kaunter pejabat JPK Cyberjaya (Bahagian NOSS) dengan menyertakan surat permohonan lengkap beserta nama Pusat Bertauliah (PB) / Pusat Latihan (PL) kepada Pengarah Bahagian NOSS dengan membawa bersama pendrive. | ||
3. | Bagaimanakah cara memohon pembangunan WIM atau Soalan? | |
Permohonan boleh dikemukan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran secara surat atau email. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja. | ||