Soalan Lazim PPT

  Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

 1.   Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?
    Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
     
 2.   Mengapa saya perlu memohon PPT?
    PPT dapat:
  1. Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;
  2. Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; dan
  3. Meningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.
     
3.   Siapakah yang layak memohon PPT?
    Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal).
     
4.   Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT?
    Anda perlu
  1. Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.
  2. Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT; dan
  3. Untuk maklumat lanjut, mohon layari pautan berikut : https://www.dsd.gov.my
     
5.   Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?
    Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
     
6.   Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
    NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat JPK Wilayah. Setiap pakej NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O) dan Wang Pos atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.

Atau

Pembelian pakej NOSS melalui pos juga diterima dengan mengemukakan surat permohonan kepada JPK, bayaran dan sampul bersetem beralamat sendiri.
     
7.   Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS melalui Penilaian Kendiri yang diperolehi?
    Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
  1. Menjalani latihan kemahiran di PB-PPT (bagi jurang Kemahiran tidak lebih daripada 30% keperluan NOSS) panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atau
  2. Mendapatkan pengalaman kerja bagi jurang kemahiran tersebut sehingga cukup.
     
8.   Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?
    Pemohon perlu:
  1. Mencetak dan mengisi borang pendaftaran PPT yang boleh diperolehi melalui laman web (www.dsd.gov.my) atau mendaftar secara atas talian di laman web www.skkm.gov.my; dan
  2. Menghantar borang yang lengkap diisi beserta bayaran dan dokumen sokongan yang diperlukan ke JPK Cyberjaya melalui pos ataupun serahan tangan.
     
9.   Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT?
   
  1. Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
  2. Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
     
10.   Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima?
   
  1. Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan” beserta resit kepada calon
  2. Permohonan yang ditolak,borang permohonan dan bayaran akan dipulangkan kepada calon dan bayaran tidak akan dikembalikan.
     
 11.    Kenapakah permohonan saya ditolak?
   
  1.  Borang permohonan tidak lengkap; atau
  2. Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT.
     
 12.    Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?
     Calon perlu menghubungi PP-PPT untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian

* Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan.
     
13.   Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan?
   
  1. 2 bulan - SKM 1/2/3
  2. 5 bulan - DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)
* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
     
14.   Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT?
   
  1. Calon;
  2. Pegawai Penilai (PP-PPT);
  3. Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT);
  4. Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM)
     
15.   Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?
    TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK atau PP-PPT menari diri dalam penugasan beliau.
     
 16.   Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian.
    TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
     
 17.   Sekiranya saya telah menyelesaikan verifikasi proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
   
  1. PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.
  2. Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantik
  3. Keputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi. 
(*Sesi verifikasi WAJIB dihadiri oleh calon. Mana-mana calon yang gagl hadir tanpa alasan yang munasabah, maka keputusan persijilan adalah gagal.)
     
18.   Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
   

PPL akan menghantar borang permohonan pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon / agensi yang menguruskan permohonan calon. Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil.

     
     
19.   Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?
    Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori:
i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya dan Negara amnya di mana terbahagi kepada dua kategori:
   • Kategori 1: Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPK (Panel Pembangunan NOSS).
   • Kategori 2: Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan / Antarabangsa

ii. Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ATAU Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKM) (Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my )
     
 20.   Ke manakah pertanyaan mengenai PPT hendak disalurkan?
    Semua pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…