Soalan Lazim Persijilan

 Persijilan

 1.   Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kehilangan sijil SKM?
    Sekiranya berlaku kehilangan sijil, sila isikan borang JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh diperolehi daripada laman web JPK dan kemukakan dokumen-dokumen berikut (ASAL) untuk mendapatkan salinan SKM:
  1. Surat Akuan Sumpah - boleh menggunakan BORANG JPK/U/1022 (boleh ambil di kaunter JPK)
  2. Surat Akuan dari Institut/Salinan Sijil/Rekod Penilaian Kumulatif/Portfolio
  3. Bayaran RM55.00 bagi setiap satu sijil atau RM100 bagi sijil NDT dibuat menggunakan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”; dan
(Nota: maklumat berkaitan dengan sijil hilang ada diterangkan dalam laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan Menu Perkhidmatan -> SLaPB -> Pendaftaran & Persijilan).
     
 2.   Apakah faedah mengikuti Persijilan Kemahiran Malaysia?
          1. Diiktiraf oleh industri di Malaysia;
      2. Memberi suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik; dan 
      3. Berupaya melahirkan pekerja mahir terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing Negara di pasaran dunia.
     
3.   Bagaimanakah struktur Persijilan Kemahiran Malaysia?
    Terbahagi kepada 5 tahap seperti berikut :
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
     
4.   Apakah kaedah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia?
    3 kaedah iaitu:
  • Latihan melalui institusi latihan yang diiktiraf (Pusat Bertauliah)
  • Latihan melalui industri dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
  • Melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).
     
5.   Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sijil SKM belum diterima dari Pusat Bertauliah sedangkan Pusat Bertauliah tersebut telah ditutup?
    Sila kemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sertakan bukti kehadiran semasa pengajian di Pusat Bertauliah berkenaan berserta portfolio pelatih.
     
6.   Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?
    Gunakan borang JPK/P3 /T1003.
     
7.   Bolehkah projek sedia ada (lama) digunapakai kembali untuk projek persijilan DKM & DLKM
    TIDAK BOLEH. Setiap projek DKM/DLKM adalah projek baru.
     
8.   Saya memiliki SKM Peringkat Asas. Bolehkah saya mengikuti latihan untuk SKM Tahap 2 tanpa mendapatkan SKM Tahap1?
    Boleh dengan syarat permohonan bagi kemahiran yang sama. SKM Asas adalah dianggap bersamaan dengan SKM Tahap 1.
     
9.   Bolehkah saya mendapatkan sijil SKM yang dicetak dalam Bahasa Inggeris?
    BSKM hanya boleh dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun, versi Bahasa Inggeris boleh dikeluarkan atas permintaan. Permohonan hendaklah secara bertulis kepada Bahagian MOSQ.
 
 
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…