Soalan Lazim Pembelian NOSS

 Pembelian NOSS

 1.   Bagaimanakah cara untuk mendapatkan set soalan penilaian akhir pengetahuan dan prestasi daripada JPK?
    Set soalan penilaian akhir pengetahuan dan prestasi boleh diperolehi melalui permohonan kepada Pengarah Bahagian Malaysian Occupational Skill Qualification (MOSQ).
     
 2.   Bagaimanakah cara mendapatkan WIM (Written Instructional Materials)?
    WIM boleh diperolehi di kaunter pejabat JPK Cyberjaya (Bahagian NOSS) dengan menyertakan surat permohonan lengkap beserta nama Pusat Bertauliah (PB) / Pusat Latihan (PL) kepada Pengarah Bahagian NOSS dengan membawa bersama pendrive.
     
 3.   Bagaimanakah cara memohon pembangunan WIM atau Soalan?
    Permohonan boleh dikemukan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran secara surat atau email. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja.
     
 
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…