Soalan Lazim Pembangunan NOSS

 Pembangunan NOSS

 1.   Apakah yang dimaksudkan dengan NOSS?
    National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) adalah dokumen yang menggariskan kompetensi minimum yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai kompetensi tersebut. Kompetensi yang diklusterkan dalam setiap NOSS dikenali sebagai Unit Kompetensi atau Competency Unit (CU).
     
 2.   Apakah yang dimaksudkan dengan National Competency Standard (NCS)?
    National Competency Standard (NCS) atau Standard Keterampilan Kebangsaan (SKK) adalah dokumen yang menggariskan satu kompetensi yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang pekerjaan. Ia boleh merentasi beberapa sektor atau bidang pekerjaan yang berkaitan serta tidak mempunyai tahap tertentu.
     
3.   Apakah Ciri-ciri di antara NOSS dan NCS?  
   

 

Bil
NOSS (SKPK) NCS (SKK)
1
Mempunyai tahap pekerjaan
Tidak mempunyai tahap pekerjaan
2
Pengkelasan mengikut seksyen MSIC 2008
Tiada pengkelasan dalam mana-mana seksyen dalam MSIC 2008
3
Menjadi rujukan kepada persijilan SKM / DKM / DLKM dan Penyata Pencapaian
Menjadi rujukan kepada persijilan Penyata Pencapaian
4
Mewakili bidang pekerjaan
Merentasi beberapa sektor atau bidang pekerjaan yang berkaitan

 

     
 4.   Apakah yang dimaksudkan dengan Core Abilities?
   

Core Abilities (CA) yang menggariskan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan. Salah satu fungsi Core Abilities adalah nilai tambah kepada keperluan latihan berasaskan NOSS.

Bagi tujuan pelaksanaan program Core Abilities yang lebih efektif, boleh merujuk kepada Panduan Pelaksanaan NCS-Core Abilities (JPK/07/NCS-CORE ABILITIES (P1)).

     
 5.   Bagaimanakah cara memohon cadangan pembangunan NOSS?
    Cadangan pembangunan NOSS boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dengan mengisi Borang Cadangan Pembangunan NOSS (JPK/NOSS/1008) yang boleh dimuatnaik di URL https://www.dsd.gov.my/jpkv4/index.php/my/panduan-dan-borang-noss
     
 6.   Siapakah yang terlibat dalam pembangunan NOSS?
    NOSS dibangunkan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang mempraktikkan pekerjaan berasaskan keperluan industri dan mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
     
 
  
 
 
  
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…