Soalan Lazim “Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) & Soalan Penilaian Latihan Kemahiran”.

 
Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) & Soalan Penilaian Latihan Kemahiran

 1.  

Bagaimanakah cara mendapatkan Written Instructional Materials (WIM)?

a) Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) perlu membuat semakan terhadap senarai Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) terkini yang telah dibangunkan oleh JPK melalui capaian berikut:

https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/standard-kemahiran-pekerjaan-kebangsaan-noss pada menu "Senarai WIM Yang Telah Dibangunkan"

atau

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/7.%20Senarai%20WIM%20Yang%20Telah%20DiBangunkan-hingga%202022-UPDATE%20WEB.pdf

b) Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) boleh mendapatkan WIM bagi program seperti disenaraikan dengan 3 kaedah iaitu:

  1. Hadir secara fizikal ke Bahagian Standard Pekerjaan & Kurikulum TVET di Pejabat JPK Cyberjaya dengan membawa pen drive;
  2. mengisi pautan borang permohonan WIM di  https://forms.gle/j7dsA9E8SJYWvZFZ7; ATAU
  3. Memohon melalui surat atau emel dengan menyenaraikan program bagi WIM yang ingin didapatkan.

WIM INI TIDAK BOLEH DIJUAL.

     
 2.  

Bagaimanakah cara memohon pembangunan WIM?

Permohonan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) secara surat atau email.

     
 3.  

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan tatacara atau kaedah membangunkan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran (SPLK) berdasarkan NOSS dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)?

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (SPKTEVT) melalui surat atau email.

 
  
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…