Soalan Lazim PPT - Kaunseling dan Penilaian

KAUNSELING DAN PENILAIAN

Sekiranya calon telah menyelesaikan penilaian portfolio awal dari tempoh kaunseling dan penilaian yang ditetapkan, bolehkah PP-PPT memohon verifikasi PPL-PPT kepada JPK?

 1. Apakah perbezaan diantara kaedah penilaian PPT secara portfolio dan kaedah PPT secara penilaian amali?

i. Kaedah penilaian PPT secara portfolio adalah satu kaedah untuk menilai keterampilan calon dengan cara mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dibangunkan oleh calon secara dokumentasi berdasarkan kepada pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon mengikut bidang kemahiran yang terkandung di dalam daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau NOSS. Melalui kaedah ini juga pengetahuan calon dinilai secara lisan dan kebolehan calon melaksanakan tugas dinilai secara pemerhatian di tempat kerja.

ii. Kaedah penilaian PPT secara penilaian amali pula adalah satu kaedah dimana calon dinilai melalui komponen penilaian prestasi dan pengetahuan secara lisan merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang terkandung di dalam NOSS yang berkaitan.

 2.   Siapakah yang akan menugaskan pegawai penilai (PP-PPT) di PB-PPT?

Penyelaras di PB-PPT akan membuat penugasan PP-PPT untuk melaksanakan penilaian calon di PB-PPT.

 3.   Di manakah penilaian amali PPT boleh dilaksanakan?
   

Peksanaan PPT secara penilaian amali boleh dilaksanakan di dua (2) tempat iaitu:
i. PB-PPT; dan
ii. Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT)

 4.   Apakah yang perlu calon lakukan selepas menerima Slip Pendaftaran Calon dan Penugasan PP-PPT?
   

Calon perlu menyemak maklumat dan butiran pada slip berkenaan dan menghubungi PP-PPT untuk menentukan sesi kaunseling dan penilaian.

 5.   Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan?
   

Tempoh maksimum penilaian keterampilan adalah satu tempoh maksimum yang dibenarkan bagi melaksanakan proses kaunseling dan penilaian hingga permohonan verifikasi di antara PP-PPT dan calon mengikut tahap persijilan yang dipohon.

 6.   Berapa lamakah Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan yang dibenarkan bagi kaunseling dan penilaian PPT melalui kaedah portfolio untuk persijilan SKM/DKM/DLKM?

Tempoh maksimum penilaian keterampilan bagi kaedah penilaian portfolio adalah seperti berikut:
i. SKM tahap 1-3 adalah 3 bulan; dan
ii. DKM/DLKM (tahap 4/5) adalah selama 6 bulan termasuk penilaian Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT)

 7.   Bolehkah calon memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan oleh JPK?

TIDAK BOLEH. Setiap penugasan PP-PPT yang telah dibuat oleh JPK adalah muktamad.

 8.   Bolehkah calon memohon perlanjutan tempoh sesi kaunseling dan penilaian?
   

TIDAK BOLEH. Tempoh sesi kaunseling dan penilaian adalah tetap seperti yang tertakluk di dalam panduan PPT yang sedang berkuat kuasa.

 9.   Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh calon setelah melengkapkan proses kaunseling dan penilaian?
   

Calon perlu menentukan cadangan tarikh dan tempat dan memaklumkan kepada PP-PPT bagi tujuan sesi verifikasi PPL-PPT.

 10.   Bagaimanakah pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian dilakukan kepada calon PPT?
   

Pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian adalah seperti berikut:
i. Penerimaan slip penugasan PP-PPT oleh calon dan PP-PPT;
ii. PP-PPT atau calon perlu menghubungi antara satu sama lain bagi menentukan tarikh, masa dan tempat untuk mengadakan sesi kaunseling dan penilaian;
iii. PP-PPT membimbing calon semasa sesi kaunseling dan penilaian dalam menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan bidang/ NOSS yang dipohon; dan
iv. PP-PPT perlu mengesahkan dan menilai bukti-bukti keterampilan tersebut dan seterusnya mengesyorkan keputusan terhadap calon.

 11.   Bagaimanakah saya boleh mengetahui PP-PPT yang ditugaskan oleh JPK kepada saya?

Calon akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan di dalam MySPIKE dan boleh membuat semakan maklumat PP-PPT di dalam sistem tersebut dengan merujuk ID permohonan calon.

 12.   Apakah jenis bukti-bukti keterampilan yang boleh dikemukakan semasa penilaian portfolio dilaksanakan?

Jenis bukti yang boleh dikemukakan adalah berasaskan daripada sumber yang diperolehi melalui pengalaman ditempat kerja, kursus-kursus dalam bidang berkaitan, kerja-kerja sukarela dan pencapaian di dalam pertandingan kemahiran

 13.   Berapa kalikah dibenarkan PP-PPT membuat perjumpaan bagi sesi kaunseling dan penilaian bersama calon PPT untuk program SKM, DKM dan DLKM?

Bilangan perjumpaan untuk sesi kaunseling dan penilaian calon bersama PP-PPT yang layak dibuat tuntutan adalah seperti berikut:
i. Program SKM sebanyak 2 kali; dan
ii. Program DKM/DLKM sebanyak 4 kali jika memilih kaedah penilaian secara portfolio manakala bagi kaedah penilaian amali, hanya 2 kali sahaja perjumpaan iaitu dalam membimbing pembangunan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT). Namun begitu perjumpaan boleh dibuat lebih daripada bilangan ini tetapi PP-PPT tidak dibenarkan membuat tuntutan.

 14.   Bolehkah sesi kaunseling dan penilaian dilaksanakan ditempat selain daripada alamat kaunseling di dalam Slip pendaftaran dan Penugasan PP-PPT?

TIDAK BOLEH. Pelaksanaan sesi kaunseling dan penilaian adalah dilaksanakan sepertimana yang tercatat didalam slip permohonan dan penugasan PP-PPT. Semua pertukaran alamat sesi kaunseling dan penilaian adalah tidak dibenarkan.

 15.   Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh calon sekiranya PP-PPT yang ditugaskan tidak melaksanakan tanggungjawabnya sepanjang tempoh kaunseling dan penilaian yang ditetapkan?
   

Calon perlu memaklumkan secara rasmi kepada Desk Officer yang berkenaan atau mengemukakan aduan kepada JPK melalui sistem MySPIKE untuk tindakan selanjutnya.

 16.   Dimanakah tempat yang sesuai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan penilaian?

Tempat kerja calon merupakan tempat yang paling sesuai untuk melaksanakan sesi kaunseling dan penilaian.

 17.   Adakah saya boleh menukar penilaian portfolio kepada penilaian amali semasa sesi kaunseling dan penilaian dijalankan?

Boleh sekiranya calon adalah dari PB-PPT dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak JPK.

 18.   Adakah saya perlu memohon sesi verifikasi PPL-PPT sekiranya saya mengesyorkan calon saya gagal disebabkan calon tarik diri atau tidak berminat setelah melaksanakan sesi penilaian portfolio dalam tempoh yang ditetapkan?

PP-PPT tidak perlu memohon sesi verifikasi PPL-PPT. PP-PPT hanya perlu mengesyorkan keputusan calon di dalam MySPIKE dan menghantar borang Permohonan Persijilan Melalui Kaedah PPT ke JPK.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…