Soalan Lazim PPT - Persijilan

PERSIJILAN

 1.   Bagaimana saya hendak menyemak status persijilan saya?

Semakan status sijil (SKM/DKM/DLKM/PC/NCS) boleh dilakukan dalam sistem MySPIKE pada pautan berikut:

https://www.myspike.my/index.php?r=skm%2Fform-semak-skm

 2.   Adakah SKM yang diperolehi melalui kaedah PPT ini diiktiraf oleh Kerajaan?

YA, Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM/DKM /DLKM/PC/NCS) melalui kaedah PPT diiktiraf oleh Kerajaan. Nilai taraf yang diberikan adalah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam disesuaikan mengikut Skim Perkhidmatan.

 3.   Berapa lamakah tempoh proses cetakan sijil dilakukan?
   

Tempoh proses cetakan sijil adalah dalam masa 60 hari bekerja bermula daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT (JPK/PPT/6/6/2014) yang lengkap diterima.

 4.   Bagaimanakah saya boleh memohon terjemahan sijil saya?
   

Permohonan terjemahan sijil boleh dibuat melalui BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01. Terjemahan yang disediakan adalah dalam versi Bahasa Inggeris sahaja. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

 5.   Bagaimanakah cara untuk saya memohon membetulkan kesilapan pada sijil yang telah saya terima?
   

Permohonan pembetulan sijil boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun pada pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

Bagi cetakan sijil yang disebabkan oleh kesilapan JPK, tiada bayaran dikenakan. Bayaran RM20 akan dikenakan sekiranya kesilapan cetakan daripada pihak pemohon.

 6.   Bagaimanakah cara untuk saya memohon semula sijil bagi menggantikan sijil saya yang telah hilang?

Permohonan semula bagi menggantikan sijil hilang boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

Bayaran sebanyak RM55 dikenakan bagi setiap permohonan sijil hilang.

 7.   Bagaimanakah saya ingin menukar alamat pengeposan sijil?
   

Penukaran alamat pengeposan boleh dibuat dengan mengemaskini maklumat pengguna di dalam sistem MySPIKE pada bahagian akaun pengguna. Sekiranya permohonan melalui agensi atau PB-PPT, penghantaran sijil akan dipos ke alamat agensi atau PB-PPT.

 8.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan slip pengesahan persijilan jika sijil saya dalam proses cetakan?
   

Slip pengesahan persijilan boleh disemak melalui pautan: https://www.myspike.my/index.php?r=skm%2Fform-semak-skm dari semasa ke semasa. Slip tersebut boleh dimuat turun atau dicetak.

 9.   Berapa lamakah proses pengeluaran sijil selepas sesi verifikasi PPL-PPT?
   

Tempoh proses cetakan sijil dalam masa 60 hari bekerja daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT (JPK/PPT/6/6/2014) lengkap diterima.

 10.   Maklumat persijilan saya tiada di dalam MySPIKE. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila adukan perkara ini di dalam ruangan Aduan Pengguna di dalam sistem MySPIKE.

 11.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan semula sijil saya setelah hasil semakan mendapati sijil berkenaan telah dipulangkan semula kepada pengirim?

Calon boleh ajukan perkara ini beserta maklumat persijilan (nama calon, no kad pengenalan, no telefon dan kod program) di dalam ruangan Aduan Pengguna di dalam sistem MySPIKE.

 12.   Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan sijil ganti sekiranya sijil yang diterima dalam keadaan rosak?

Pihak JPK berusaha memastikan sijil yang diterima dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun jika sijil yang diterima didapati rosak, permohonan sijil gantian boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

Bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi setiap permohonan sijil rosak.

 13.   Bolehkah saya mendapatkan transkrip bagi sijil yang telah saya perolehi?

TIDAK BOLEH kerana tiada transkrip dikeluarkan bagi persijilan melalui kaedah PPT.

 14.   Bagaimanakah cara untuk saya menghantar semula borang Akuan Penerimaan Sijil?
   

Borang Akuan Penerimaan Sijil boleh dihantar melalui pos, faks dan e-mel seperti yang dinyatakan di dalam borang Akuan Penerimaan Sijil PPT.

15.   Bolehkah sijil saya di cetak menggunakan kod NOSS baharu sekiranya ada perubahan pada kod NOSS di dalam daftar NOSS semasa proses kaunseling, penilaian dan verifikasi?

TIDAK BOLEH. Sijil akan dicetak mengikut kod program yang dipohon sewaktu permohonan.

16.   Bolehkah saya menghantar dokumen Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) yang telah disahkan oleh PPL-PPT melalui e-mel bagi mempercepatkan permohonan pengeluaran sijil?

BOLEH. Mulai 1 Julai 2021, dengan berkuatkuasanya Panduan PPT Edisi Ke-2 Tahun 2021, calon hendaklah menyedia dan menyerahkan satu (1) set LPKT dalam bentuk softcopy yang telah dibuat pembetulan sekiranya ada kepada PPL bagi tujuan pengesahan dan tindakan selanjutnya oleh PPL.

17.   Saya telah memperoleh sijil PC bagi kesemua CU di dalam satu NOSS. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan sijil SKM/DKM/DLKM penuh bagi kod NOSS berkenaan dan adakah bayaran dikenakan bagi proses ini?

BOLEH. Calon yang telah terampil kesemua CU pada tahap program yang berkaitan, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan sijil penuh sama ada SKM/ DKM/ DLKM tanpa dikenakan bayaran dan hendaklah memenuhi syarat umum permohonan sebagai calon PPT dan lulus penilaian LPKT bagi program DKM/ DLKM. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/Persijilan/BORANG%20PERMOHONAN%20PENGELUARAN%20SIJIL%202019_24_07_.pdf

18.   Bolehkah saya memohon untuk cetakan SKM Tahap 3 sekiranya saya telah menerima DKM melalui kaedah single-tier?

TIDAK BOLEH. Bagi persijilan secara single-tier, hanya satu sijil sahaja yang diberikan iaitu sijil pada tahap tertinggi yang dipohon sekiranya layak. Melalui Persijilan secara Single Tier, Sijil SKM tertinggi yang dikeluarkan adalah merangkumi persijilan tahap rendah yang ada di dalam program berkenaan.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…