Pembukaan Semula Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara Bagi Semua Fasa

 

 

 logo jata negara png 6

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PEMAKLUMAN TERKINI

PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR PERKHIDMATAN LATIHAN KEMAHIRAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA BAGI SEMUA FASA

Selaras dengan kelulusan MKN pada 30 September 2021, sektor perkhidmatan latihan kemahiran dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Oktober 2021 di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya perkara-perkara berikut:

 

  1. SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa;
  1. Garis Panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Kemasukan Pelajar ke Kampus lnstitusi Pengajian Pendidikan Tinggi Secara Berperingkat Bermula 15 Oktober 2021 yang sedang berkuatkuasa dan boleh di akses pada pautan:

https://www.mohe.gov.my/hebahan/infografik/kemasukan-pelajar-ke-kampus-ipt-secara-berperingkat-mulai-15-oktober-2021?tmpl=component&print=1&layout=default

  1. Hanya pelajar dan kakitangan yang telah lengkap proses vaksinasi dibenarkan masuk ke Pusat Bertauliah (PB) Awam Dan Swasta secara fizikal;
  1. Pematuhan sepenuhnya ke atas semua protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa; dan
  1. Sebarang penglibatan individu dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Person Under Surveillance (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

Selaras dengan perkembangan terkini perkara-perkara berikut juga adalah terpakai:

  1. Pelajar yang memasuki Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu mematuhi arahan semasa ke semasa Kerajaan Negeri;
  1. Kakitangan dan pelajar yang tidak boleh divaksinasi atas masalah kesihatan perlu mengemukakan Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi COVID-19 di Aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis Pusat Bertauliah (PB) Awam dan Swasta. 

 

Sehubungan dengan kenyataan ini, pemakluman berkaitan Pembukaan Semula Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara Bagi Semua Fasa bertarikh 07 Oktober 2021 adalah terbatal.

 

Selain daripada itu, perkhidmatan atas talian JPK boleh diakses menerusi pautan:-

v     

Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK

-

www.dsd.gov.my

v     

Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia

-

www.myspike.my

v     

Facebook Rasmi JPK

-

facebook.com/jpkksm

v     

Aduan, Pertanyaan dan Cadangan

-

mohr.spab.gov.my

v     

Email Rasmi JPK

-

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

v     

Talian Rasmi JPK

-

03-8886 5589

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

18 NOVEMBER 2021

 

save Muat turun Pemakluman (PDF)

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…