Pemakluman Pelaksanaan Bayaran Pentauliahan dan Pendaftaran Bermula 1 Julai 2020

Ruj : JPK/700/5 Jld 41 (21)
Tarikh : 26 Jun 2020


Salam Kemahiran,


Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2020, bayaran bagi urusan pentauliahan dan pendaftaran pelatih Pusat Bertauliah (PB SLaPB), pendaftaran PPT serta pembelian NOSS boleh dibuat secara atas talian (
 Online Payment). Bentuk bayaran sedia ada melalui Pesanan Tempatan, Bank Deraf dan Kiriman Wang kepada Jabatan masih dibenarkan. Bagi tujuan tersebut, pemohon perlu memilih satu medium bayaran sahaja pada satu-satu masa seperti  Jadual 1.

Jadual 1 : Kaedah Bayaran Bagi Pentauliahan, Pendaftaran Pelatih, Pendaftaran PPT dan Pembelian NOSS 

Bil Urusan / Bentuk Bayaran Bayaran Secara Atas Talian
(Online Payment)

Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman Wang

1
Pentauliahan

Bayaran hanya untuk satu (1) kategori permohonan dan melibatkan satu transaksi sahaja pada satu-satu masa.

Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman
Wang yang sama boleh digunakan untuk
satu (1) atau lebih kategori permohonan
pentauliahan.
2 Pendaftaran Pelatih

i. Bayaran perlu dibuat hanya untuk satu (1) kumpulan pelatih dan melibatkan satu transaksi sahaja pada satu-satu masa.


ii. Proses bayaran ditunjukkan di 
Rajah 1.

i. Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman
Wang yang sama boleh digunakan untuk
satu (1) kumpulan pelatih atau lebih.


ii. Proses bayaran ditunjukkan di 
Rajah 1.

3 Pendaftaran PPT

i. Bayaran hanya untuk satu (1) permohonan dan melibatkan satu transaksi sahaja pada satu-satu masa.


ii. Proses bayaran ditunjukkan di 
Rajah 2.

i. Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman
Wang yang sama boleh digunakan untuk
satu (1) atau lebih permohonan.


ii. Proses bayaran ditunjukkan di 
Rajah 2.

4 Pembelian NOSS

Bayaran untuk satu (1) transaksi boleh digunakan untuk satu (1) atau lebih bilangan NOSS.

Pesanan Tempatan/ Bank Deraf / Kiriman
Wang yang sama boleh digunakan untuk
satu (1) atau lebih bilangan NOSS.


Sehubungan itu, pemakluman pelaksanaan bayaran pentauliahan dan pendaftaran pelatih bermula 1 Julai 2020 No Ruj : JPK/700/5 Jld 41 (17) bertarikh 16 Jun 2020 adalah terbatal.


Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia

Muat turun Dokumen

save Hebahan pelaksanaan bayaran pentauliahan dan pendaftaran pelatih bermula  1 Julai 2020

save Rajah 1 - Carta Alir Proses Pendaftaran Pelatih Baharu & Ulang Nilai

save Rajah 2 - Carta Alir Pelaksanaan Bayaran Pendaftaran Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…