Penafian Penggunaan Surat Pengiktirafan DPIN

Penafian

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia telah menghentikan pengeluaran surat lantikan sebagai Pakar Industri Negara (PIND) dan Pakar Pengajar (PAJAR) bermula November 2018. Pada dasarnya pada ketika itu, surat lantikan PIND dan PAJAR dikeluarkan hanya bagi tujuan pelaksanaan aktiviti Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) sahaja.

Maklumat yang terdapat dalam surat tidak bermaksud untuk memberikan pengiktirafan kepakaran dalam kemahiran tertentu yang komprehensif atau lengkap. Surat lantikan itu juga tidak bermaksud untuk memberikan apa-apa nasihat sama ada dalam bentuk profesional, perundangan atau sebarang khidmat runding yang lain berkenaan latihan kemahiran atau berkaitan dengannya.

Surat lantikan PIND dan PAJAR adalah tidak terpakai dengan berkuatkuasa Panduan Personel Penilaian dan Verifikasi pada 5 November 2018. Surat Lantikan tersebut tidak boleh diguna pakai untuk sebarang aktiviti sama ada yang melibatkan lantikan individu atau digunakan sebagai lampiran dokumen sokongan yang melibatkan agensi kerajaan ataupun swasta.

Jabatan Pembangunan Kemahiran tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan surat tersebut atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.

Sekian terima kasih.

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…