Tarikh Akhir Bagi Penerimaan Pelawaan Daripada Sistem ePerolehan

Dimaklumkan bahawa, Jabatan ini sedang dalam proses persediaan bagi penutupan akaun tahun 2020. Oleh yang demikian, tarikh akhir bagi Permohonan Pelawaan Melalui Sistem ePerolehan bagi aktiviti SKM/ Pentauliahan/ NDT/ Pensijilan/ Pembaharuan dan yang berkaitan adalah pada 25 November 2020 (Rabu) sebelum jam 4.30 petang.

Manakala urusan pembayaran bagi semua Permohonan Pelawaan Melalui Sistem ePerolehan tersebut perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 November 2020 (Isnin).

Penetapan tarikh akhir ini adalah bertujuan bagi mengelakkan Akaun Belum Terima (ABT) di Jabatan ini.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
‘Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu’

 

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran 

Jabatan Pembangunan Kemahiran 

Kementerian Sumber Manusia

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…