Makluman Kelulusan Pelaksanaan Verifikasi Penilaian Akhir Berasaskan Kerja Kursus Bagi Setiap Unit Kompetensi (CU) Di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Semasa Perintah Kawalan Pengerakan (PKP)

MAKLUMAN KELULUSAN PELAKSANAAN VERIFIKASI PENILAIAN AKHIR BERASASKAN KERJA KURSUS BAGI SETIAP UNIT KOMPETENSI (CU) DI PUSAT BERTAULIAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PENGERAKAN (PKP) - (Kemaskini : 16 Disember 2020)

 

Ruj       :        JPK/702/1/10 Jld. 16 (14)

Tarikh :         1 Disember 2020

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah bersetuju bagi melaksanakan Verifikasi Penilaian Akhir Berasaskan Kerja Kursus Bagi Setiap Unit Kompetensi (CU) Di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Semasa Perintah Kawalan Pengerakan (PKP). Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :

 

1. Pemarkahan oleh PPL bagi Tahap 1 hingga Tahap 3

Tahap

Portfolio dan Kerja Kursus

Penilaian Akhir

Tahap 1

PPL perlu mengesahkan portfolio dan kerja kursus pelatih bagi komponen berikut:

a. Penilaian  Pengetahuan

b. Penilaian prestasi

a.  Penilaian Akhir Teori dilaksanakan secara dalam talian

b. Penilaian Akhir Prestasi mengambilkira markah purata penilaian prestasi kerja kursus setiap CU

- PB perlu memastikan pelatih bersedia untuk ditemuduga oleh PPL bagi melengkapkan sesi penentusahan Penilaian Amali tersebut. Pelatih yang gagal dalam sesi temuduga dianggap belum terampil Penilaian Akhir Amali

 

Tahap 2

Tahap 3

 ***** Kemaskini terkini : 16 Disember 2020

 

 

2. Pemarkahan oleh PPL bagi Tahap 4 dan Tahap 5 

Tahap

Portfolio dan Kerja Kursus

Penilaian Akhir

Latihan Industri (OJT)

Projek Akhir

Tahap 4

PPL perlu mengesahkan portfolio dan kerja kursus pelatih bagi komponen berikut:

a.  Penilaian  Pengetahuan

b.  Penilaian prestasi

a. Penilaian Akhir Teori dilaksanakan secara dalam talian

b. Penilaian Akhir Prestasi mengambilkira markah purata penilaian prestasi kerja kursus setiap CU

- PB perlu memastikan pelatih bersedia untuk ditemuduga oleh PPL bagi melengkapkan sesi penentusahan Penilaian Amali tersebut. Pelatih yang gagal dalam sesi temuduga dianggap belum terampil Penilaian Akhir Amali

a.  Bagi pelatih yang tidak mempunyai masalah penempatan latihan industri, kaedah sediada digunapakai.

b.  Bagi pelatih yang mempunyai masalah penempatan latihan industri, pelatih hendaklah menyediakan kertas kerja atau tugasan yang boleh menghasilkan projek  bersesuaian dengan program kemahiran. Tugasan hendaklah tidak sama dengan projek akhir.

 

Pembentangan Projek Akhir dan demonstrasi hasil kerja dilaksanakan secara dalam talian .

*  Personel yang terlibat adalah PPL,TAC, PPD dan PP

Tahap 5

 ***** Kemaskini terkini : 16 Disember 2020

 

iii. Bagi pelatih yang mempunyai kekangan kemudahan dan akses internet, PPL hendaklah memberi status Tangguh Penilaian (TP) dalam sistem MySPIKE.


iv. Pelaksanaan verifikasi penilaian akhir menggunakan pendekatan ini dibenarkan bagi kawasan dalam PKPB dan PKPD. Walaubagaimanapun pelaksanaan verifikasi penilai akhir ini tertakluk kepada peraturan dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…