Pemakluman Berkaitan Aktiviti Latihan Kemahiran Dan Pentauliahan Program Bertauliah Selaras Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Di Bawah SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Selaras pengumuman terkini Kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa:-
- Pengumuman ini adalah terpakai kepada semua Pusat Bertauliah (PB) dalam Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKP;
- Pelaksanaan semua aktiviti latihan termasuk penilaian & verifikasi secara bersemuka di PB SLaPB, PB SLDN dan Kaedah PPT adalah ditangguhkan bagi Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKPB atau PKPD;
- Pelaksanaan semua aktiviti latihan hanya dihadkan secara atas talian (On-Line) bagi Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKPB atau PKPD; dan
- Semua aktiviti pentauliahan program bertauliah ditangguhkan bagi Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKPB atau PKPD.
Maklumat dan garis panduan PKP, PKPD, PKPB dan PKPP bagi maksud perkara di atas boleh diperoleh menerusi Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK di pautan seperti berikut:-
Kategori Garis Panduan
|
Lihat Selanjutnya | |
i) |
PKP/D:- |
|
ii) |
PKPB:- |
|
iii) |
PKPP:- |
Untuk makluman, perkhidmatan atas talian JPK boleh diakses menerusi pautan berikut:-
- Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
- Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
- Facebook Rasmi JPK - facebook.com/jpkksm
- Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - mohr.spab.gov.my
- Email Rasmi JPK - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Talian Rasmi JPK - 03-8886 5589
Kenyataan ini juga adalah tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. Di samping itu, setiap Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) perlu mengadakan SOP khusus masing-masing untuk dilaksanakan.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
7 DISEMBER 2020