Pemberitahuan Mengenai Penutupan Sementara Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) Bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem 

 

logo jata negara png 6

PEMBERITAHUAN  

MENGENAI PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM PENGURUSAN INTEGRASI KEMAHIRAN MALAYSIA (MYSPIKE) BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM  

  

Kepada semua pengguna MySPIKE yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa, Unit Pengurusan Maklumat akan menutup semua fungsi dalam MySPIKE kecuali paparan Langganan Program NOSS (NOSS yang telah dilanggan sahaja) bagi memberi laluan pada kerja-kerja penyelenggaraan sistem bermula 21 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Oleh itu, segala urusan yang menggunakan MySPIKE terutamanya pengesahan bayaran perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan bagi pengguna yang menggunakan Akaun Semasa perlu diselesaikan selewat-lewatnya 25 Disember 2020. Pegawai-pegawai JPK yang terlibat perlu menyelesaikan tugas-tugas sebelum tarikh tersebut atau meminda tugasan ke tarikh selepas selesai penyelenggaraan sistem

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Dan Cabaran Budaya Norma Baharu”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

4 Disember 2020

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…