Pemakluman Berkaitan Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Selaras Pengumuman Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Oleh YAB. Perdana Menteri Dilanjutkan Sehingga 4 Mac 2021
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PEMAKLUMAN
BERKAITAN OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) SELARAS PENGUMUMAN ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) OLEH YAB. PERDANA MENTERI DILANJUTKAN SEHINGGA 4 MAC 2021
Selaras pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh YAB. Perdana Menteri pada 11 Januari 2021, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan DITUTUP SEMENTARA bermula 13 Januari 2021 dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021. Sehubungan dengan itu, Jabatan masih boleh dihubungi menerusi talian rasmi JPK 03-8886 5589 (hunting line). Perkhidmatan atas talian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan berikut:-
- Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
- Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
- Facebook Rasmi JPK - facebook.com/jpkksm
- Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - mohr.spab.gov.my
- Email Rasmi JPK - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kenyataan ini tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. Di samping itu, setiap Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) perlu mengadakan SOP khusus masing-masing untuk dilaksanakan.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
18 FEBRUARI 2021