Kaji Selidik Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET 2021

Kaji Selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada Penyedia TVET (PTVET) mengenai kesediaan PTVET bagi pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET 2021. Selaras dengan maklum balas yang diterima semasa Sesi Taklimat Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET Tahun 2021, Jabatan memerlukan maklum balas yang lebih menyeluruh daripada PTVET sama ada pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET boleh diteruskan bagi tahun 2021 atau ditangguhkan.
 
Sehubungan itu, Urusetia Penarafan Tunggal Program TVET berharap agar tuan/puan dapat memberi maklum balas terhadap Kaji Selidik ini dengan jujur bagi pertimbangan pelaksanaan selanjutnya. Untuk makluman, sekiranya pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET ini ditangguhkan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan agensi lain yang berkaitan berkemungkinan akan menggunakan keputusan Penarafan Bintang Program Bertauliah Tahun 2019 sebagai rujukan.
 
Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT.
 
Pelaksanaan Kaji Selidik ini adalah dari 16 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021.

Pautan Kaji Selidik: https://forms.gle/W7RW2YdpEKPsxb8p6

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…