Penghantaran Dokumen Tuntutan Insentif Sldn Plus Bagi Bulan November 2021 Selaras Penutupan Akaun Tahun 2021 

 

logo jata negara png 6

 

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PEMAKLUMAN TERKINI


BERKENAAN PENGHANTARAN DOKUMEN TUNTUTAN INSENTIF SLDN PLUS BAGI BULAN NOVEMBER 2021 SELARAS PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2021 

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Bertauliah yang ditawarkan melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Plus di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dikehendaki mengemukakan dokumen tuntutan insentif bagi bulan November dan terakhir seperti ketetapan berikut:

  1. Tempoh penghantaran dokumen tuntutan insentif SLDN Plus bagi bulan November 2021 hendaklah dikemukakan bermula pada 16 November 2021 hingga 18 November 2021 kepada JPK Wilayah.
  2. Bagi rekod kehadiran perantis bulan November 2021 PB perlu mengemukakan rekod kehadiran perantis sehingga 15 November 2021 menggunakan Borang Kehadiran Perantis yang ditetapkan. Perantis perlu mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 10 hari bagi melayakkan tuntutan insentif RM1000 dan kehadiran sekurang-kurang 80% atau lapan (8) hari bagi melayakkan kadar insentif minimum iaitu RM800.
  3. Perancangan dan aktiviti latihan bagi tempoh 16 hingga 30 November 2021 hendaklah disediakan dan PB perlu memastikan perancangan yang dibuat dilaksanakan sehingga Penilaian Akhir dan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran. Maklumat perekodan kehadiran perantis bagi tempoh ini perlu direkodkan pada Borang Kehadiran Perantis yang ditetapkan.
  4. Bagi perkara ii & iii, PB perlu menggunakan Borang Kehadiran Perantis yang ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

4 Oktober 2021

 

contoh kehadiran perantis

 

Muat turun Makluman

save   PENGHANTARAN DOKUMEN TUNTUTAN INSENTIF SLDN PLUS BAGI BULAN NOVEMBER 2021 SELARAS PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2021

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…