Pemakluman Awal Berkaitan Syarat Permohonan Kuota Insentif Bagi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Berinsentif Tahun 2023

Ruj : JPK.700-2/2/10 Bil. ( 2 )

Tarikh :  6  Januari 2023

 

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membuka tawaran Program SLDN Berinsentif bagi tahun 2023 dan iklan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 

Tawaran kuota bagi Program SLDN Berinsentif 2023 akan memberi keutamaan kepada mana-mana program yang mencapai tahap kebolehpasaran graduan yang tinggi.  Sehubungan itu, Pusat Bertauliah (PB) yang berminat untuk membuat permohonan kuota SLDN Berinsentif 2023 hendaklah memastikan kajian pengesanan graduan (tracer study) dilaksanakan di pautan seperti berikut:

        i) Bagi PB yang pernah menjalankan program SLDN Berinsentif tahun 2021 – https://forms.gle/CwqnDjZDXpjpv7JaA

           (Sila abaikan sekiranya perantis telah membuat pengisian)

        ii) Bagi PB yang menjalankan program SLDN tanpa insentif tahun 2021 - https://forms.gle/DawHxoXzeub5SQvZA

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut:

  1. Fairus Atida binti Said (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Cik Norazma binti Saari (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  3. En Che Yuzairi Azwadi bin Che Yusof (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara"

 

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…