Surat Pekeliling KPKK Bil. 2/2024 : Syarat Tambahan Permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran

 

 

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BIL 2/2024

 

Syarat Tambahan Permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran

Selaras dengan Pelaksanaan Penarafan Tunggal Program TVET yang telah dilaksanakan bermula tahun 2023, Jabatan telah bersetuju menetapkan penyertaan program bertauliah dalam penarafan sebagai syarat tambahan bagi Permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran.

Walau bagaimanapun, syarat tambahan ini masih tertakluk kepada kelayakan sesuatu program bertauliah untuk menyertai penarafan seperti berikut:

Syarat kelayakan program bertauliah JPK menyertai Penarafan Tunggal Program TVET,

  1. Program SLaPB yang telah mendapat pentauliahan program penuh; dan
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) kumpulan pelatih yang telah dipersijilkan bagi tahun yang dinilai (tahun semasa dan dua (2) tahun sebelumnya).

 

Mana-mana program bertauliah JPK yang belum layak menyertai penarafan, adalah DIKECUALIKAN dari syarat tambahan ini.

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Bil 2/2024 berkaitan Syarat Tambahan Permohonan Pembaharuan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025 kepada semua program bertauliah JPK.

 

MUAT TURUN SURAT HEBAHAN ANDA DI SINI :

codehebahanBI2024

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…