(PKPB) Pengumuman Berkaitan Aktiviti Latihan Kemahiran Dan Pentauliahan Program Bertauliah Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 14 - 27 Oktober 2020

 logo jata negara png 6

 

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PENGUMUMAN

 

BERKAITAN AKTIVITI LATIHAN KEMAHIRAN DAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTAULIAH DI BAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DARI 14 OKTOBER 2020 HINGGA 27 OKTOBER 2020

 

Selaras Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa:-

  1. Pengumuman ini adalah terpakai kepada semua Pusat Bertauliah (PB) dalam Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKPB;
  2. Pelaksanaan semua aktiviti latihan termasuk penilaian & verifikasi secara bersemuka di PB SLaPB, PB SLDN dan Kaedah PPT adalah ditangguhkan;
  3. Pelaksanaan semua aktiviti latihan hanya dihadkan secara atas talian (On-Line);
  4. Semua aktiviti pentauliahan program bertauliah ditangguhkan; dan
  5. Pergerakan keluar masuk merentas Daerah/Negeri tidak dibenarkan. Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas.

 

Maklumat terperinci berkaitan perkara di atas boleh diperolehi menerusi Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK di pautan seperti berikut:-

  1. Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Kemahiran (SLaPB), Latihan Industri dan Internship, Pengurusan SPKM NDT dan Pelaksanaan SLDN Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);
  2. Garis Panduan Pelaksanaan SLDN Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);
  3. FAQ Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Bagi Urusan Berkaitan Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); dan
  4. Garis Panduan Pengurusan SPKM NDT Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Untuk makluman, perkhidmatan atas talian JPK boleh diakses menerusi pautan berikut:-

  • Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
  • Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
  • Facebook Rasmi JPK - www.facebook.com/jpkksm
  • Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - https://mohr.spab.gov.my
  • Email Rasmi JPK - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Talian Rasmi JPK - 03-8886 5589

 

Kenyataan ini tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa. Di samping itu, setiap Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) perlu mengadakan SOP khusus masing-masing untuk dilaksanakan.

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

15 OKTOBER 2020

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…