Persijilan semula MS ISO 9001:2015

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mendapat persijilan semula MS ISO 9001:2015 untuk tempoh tiga (3) tahun bermula Mac 2021 – Mac 2024.  Empat (4) skop utama yang terlibat adalah:

  1. Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)
  2. Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Bagi Pusat Bertauliah Baharu
  3. Pentaulian Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Baharu
  4. Lawatan Pemeriksaan Di Bawah Akta 652.

 

Persijilan semula ini adalah susulan daripada keputusan Laporan Lawatan Audit Persijilan Semula yang telah dilaksanakan oleh Pasukan Auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diadakan secara maya sepanjang 22 – 24 Februari 2021 yang lalu.  Disebabkan oleh pandemik covid-19 yang masih belum berakhir, pelaksanaan audit kali ini adalah mengikut norma baharu di mana sesi menilai Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) adalah secara dalam talian. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan dalam memenuhi kehendak audit, jabatan berusaha menyediakan segala keperluan yang diperlukan agar proses penilaian berjalan lancar sepanjang tiga (3) hari Pasukan Audit SIRIM bersama-sama JPK melaksanakan audit terhadap Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

 

Jutaan terima kasih juga kepada auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang telah melaksanakan penilaian terhadap SPK JPK. JPK akan terus berusaha untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dalam pembangunan sumber manusia mahir negara agar ianya selari dengan kehendak MS ISO 9001:2015.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…