Bahagian Promosi terbahagi kepada 2 Cawangan iaitu;


1. Cawangan Komunikasi Korporat

    i. Unit Seranta dan Media (USM)

  • Merancang, mengurus dan melaksana semua aktiviti promosi berkaitan TVET dan latihan kemahiran melalui aktiviti karnival dan program outreach.
  • Merancang, mengurus dan melaksana semua aktiviti promosi berkaitan TVET dan latihan kemahiran melalui pelbagai medium seperti media cetak, media elektronik dan media sosial (MEDsoc/MEDnet).
  • Merancang, mengurus dan melaksana semua aktiviti promosi berkaitan TVET dan latihan kemahiran melalui medium billboard, cinema advertisement dan lain-lain.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi TVET dan latihan kemahiran kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.
  • Mengurus dan menyelaras pengurusan acara bagi sebarang bentuk seminar, persidangan, conference, luncheon talk berkaitan TVET dan latihan kemahiran di peringkat Jabatan.
  • Menyelaras program atau aktiviti promosi bersama agensi TVET awam dan swasta.
  • Menyelaras program atau aktiviti promosi bersama NGO.
  • Menyelaras dan menguruskan perolehan bagi kerja-kerja pencetakan dan penerbitan bahan informasi Jabatan.
  • Menyelaras perolehan bahan promosi Jabatan.
  • Menyelaras aktiviti Job Fair khusus untuk graduan TVET dan latihan kemahiran.
  • Membangunkan video korporat Jabatan, video fungsi bahagian, video promosi TVET dan latihan kemahiran.

 

ii. Unit Perhubungan Awam (UPA)

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengurusan khidmat pelanggan dan perhubungan awam dengan berkesan dalam mencerminkan wadah penyampaian utama jabatan secara keseluruhan
  • Mengurus, menganalisis dan menyokong modul pendaftaran, penilaian, pentauliahan dan persijilan SLaPB, sistem eNDT, modul industri dan modul statistik di MySPIKE

 

2. Cawangan Pertandingan SkillsMalaysia

i. Unit Teknikal Pertandingan (UTP)

  • Merancang dan menguruskan perkara berkaitan teknikal pelaksanaan Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang merangkumi: .
      a) Hubungan kerjasama dengan Agensi Pertandingan
      b) Pengurusan mesyuarat dan promosi pertandingan
      c) Penyediaan kemudahan tapak, teknikal, peralatan dan bahan guna habis Pertandingan
      d) Penyediaan mesyuarat tapak pertandingan
      e) Penyediaan kemudahan personel dan latihan peserta pertandingan

 

ii. Unit Pengurusan Pertandingan (UPP)

  • Merancang dan menguruskan pelaksanaan Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa merangkumi:
      a) Pengurusan kewangan dan perolehan,
      b) Penyediaan Kertas Kelulusan Dasar,
      c) Pengurusan mesyuarat dan majlis berkaitan pertandingan,
      d) Pengurusan perlantikan dan pembangunan Personel/Peserta Pertandingan,
      e) Perancangan knowledge sharing dan pemantapan pertandingan
      f) Pengurusan keperluan logistik Kontinjen Pertandingan
      g) Pengurusetiaan mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) dan
      h) Pengurusetiaan mesyuarat Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM).
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…