Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.

video

Video Korporat Ujian Tanpa Musnah (NDT) JPK

 

Info Terkini Tahun 2020

save  Garis Panduan Pengurusan SPKM NDT Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

save  FAQ Persijilan NDT Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT)

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) adalah skim persijilan kebangsaan bagi program NDT yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sehingga kini, sejumlah besar tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, petrokimia, penjanaan kuasa, automotif, pembuatan dan sebagainya telah berjaya dilahirkan.

Polisi

i. Mengesahkan pengetahuan dan kekompetenan melalui kaedah ujian teori dan amali bagi tahap yang ditetapkan berpandukan ISO 9712:2012
ii. Menyediakan bukti berdokumen bagi pemohon-pemohon yang berjaya melalui penganugerahan sijil SKM
iii. Menyediakan satu sistem persijilan kepada pemegang SKM NDT yang diiktiraf oleh mana-mana badan persijilan lain, pihak industri, pihak berkuasa dan persatuan-persatuan samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berpandukan ISO 9712:2012.
iv. Menyediakan sistem persijilan yang telus, adil dan saksama kepada semua pemohon-pemohon yang berkelayakan.

Objektif

i. Mengurus permohonan peperiksaan mengikut syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
ii. Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan NDT
iii. Mengeluarkan Sijil NDT bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Persijilan NDT.

Pelaksanaan persijilan SPKM-NDT adalah berasaskan Standard Antarabangsa ISO 9712:2012 dan JPK merupakan badan persijilan tunggal bagi skop NDT di Malaysia yang memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17024:2012 daripada Jabatan Standards Malaysia (JSM) mulai 3 Oktober 2012 sehingga kini. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT.

Skim persijilan SPKM NDT yang berasaskan ISO 9712:2012 merupakan inisiatif yang digerakkan oleh JPK untuk memastikan proses kerja dan kawalan kualiti dalam mempersijilkan seseorang personel NDT diseragamkan dengan amalan antarabangsa. Dengan pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 ini, pelaksanaan Skim Persijilan SPKM NDT JPK telah memenuhi standard, tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh industri dan persijilan personel NDT di bawah skim adalah standing dengan pensijilan-pensijilan lain yang digunapakai di peringkat antarabangsa.

Program NDT yang ditawarkan oleh JPK adalah seperti berikut;
i. Pemeriksaan Radiografi
ii. Pengujian Arus Pusar
iii. Pengujian Penembusan
iv. Pemeriksaan Ultrasonik
v. Pengujian Partikel Magnetik
vi. Pentafsiran Radiografi

ISO 17024:2012 & ISO 9712:2012

ISO 9712:2012 (Qualification and Certification of NDT Personnel) merupakan satu dokumen yang menggariskan keperluan spesifik yang standard bagi kelayakan dan persijilan personel yang melaksanakan pengujian NDT kepada pihak industri.
 
ISO/IEC 17024 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) merupakan satu dokumen yang menggariskan keperluan am bagi badan pensijilan dalam mematuhi kesaksamaan dalam setiap keputusan pensijilan dan memastikan penilaian yang membawa pensijilan dilaksanakan secara adil, sahih dan dipercayai.

Tanda AkreditasiV1
                                                                                                        (klik untuk paparan Sijil Akreditasi)
 

Pengiktirafan Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Pengiktirafan Dalam Negara

Mulai Januari 2015, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Atomic Energy Licensing Board - AELB) atau LPTA telah mengiktiraf kelayakan SKM NDT Tahap 2 Pemeriksaan Radiografi atau Radiographic Testing (RT) sebagai syarat lantikan Pengendali Radiograf dan SKM NDT Tahap 1 Pengujian Radiografi sebagai syarat lantikan Pengendali Pelatih.



Pengiktirafan Antarabangsa


JPK telah menerima pengiktirafan daripada ICNDT (International Committee for Non-Destructive Testing) mulai 26 September 2019 dan telah disenaraikan di dalam ICNDT MRA Schedule 2 (Muat turun : Schedule 2 & Schedule 1) sebagai Badan Persijilan NDT yang telah memenuhi syarat dan keperluan Standard Antarabangsa yang berkenaan (ISO 9712 dan ISO 17024). ICNDT merupakan sebuah organisasi bebas antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara yang melaksanakan sistem persijilan NDT dan berdaftar serta berpangkalan di Vienna, Austria.


ndt icndt
                                                                                                                      (klik untuk pautan)

Pengiktirafan ICNDT MRA (Multilateral Agreement on Recognition) tersebut memberi petunjuk bahawa kualiti sistem persijilan kebangsaan bagi program NDT iaitu SPKM-NDT adalah setaraf dengan sistem persijilan antarabangsa.

Sistem Atas Talian – eNDT

Sistem eNDT merupakan sistem atas talian (online) yang dibangunkan oleh JPK, khusus untuk program NDT, bagi mempertingkatkan sistem penyampaian dan pengurusan SPKM-NDT. Sistem ini juga membolehkan urusan seperti permohonan persijilan dan peperiksaan serta saluran maklumat dibuat secara atas talian bagi program NDT.

Sistem eNDT digunakan bagi membolehkan permohonan-permohonan seperti berikut;

i. Peperiksaan NDT
- Calon Baharu
- Calon Mengulang (Kali pertama & Kali kedua)
- Calon Verifikasi (selepas 10 tahun)

ii. Persijilan NDT
- Persijilan Baharu
- Pembaharuan Persijilan (selepas 5 tahun)
- Persijilan Semula (selepas 10 tahun)
- Sijil ganti




Sistem Atas Talian – SKKM

ndt skkm
                                                                                                                        (klik untuk pautan)


SKKM atau Sistem Kredit Kemahiran Malaysia
merupakan sistem atas talian yang dibangunkan oleh JPK b agi membolehkan pendaftaran dan permohonan pentauliahan dibuat secara online. Bagi program NDT, permohonan Personel SPKM-NDT boleh dibuat melalui sistem ini iaitu ;

i. Pengurus Latihan Pusat Bertauliah NDT (PL PB NDT)
ii. Pengajar NDT (NDT-I)
iii. Jurutunjuk NDT
iv. Ketua Pemeriksa NDT (NDT-CE)
v. Pemeriksa NDT (NDT-E)
vi. Pembantu Bengkel NDT
vii. Panel Industri NDT


Langkah mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) NDT

ndt langkah
   
   Rujuk Panduan Permohonan Persijilan NDT & Panduan Menduduki Peperiksaan NDT


ndt keperluan1
ndt keperluan2

Tempoh Sah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) NDT

Tempoh sah SKM NDT adalah selama lima (5) tahun atau kurang. Setiap pemegang sijil dikehendaki memperbaharui sijil tersebut enam (6) bulan sebelum tarikh sah sijil tamat. Rujuk Panduan Permohonan Persijilan NDT


Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) NDT

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2012. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT. Berikut merupakan senarai NOSS NDT yang berkenaan;

ndt noss

Rujuk Daftar NOSS terkini di sini.




Pusat Bertauliah NDT

ndt pb

Malaysian Society for Non-Destructive Testing (MSNT) sebagai Industrial Lead Body (ILB) NDT
Malaysian Society for Non-Destructive Testing (MSNT) telah dilantik sebagai ILB bagi program NDT mulai tahun 2012. Sebagai ILB NDT, MSNT memainkan peranan penting dalam pembangunan NOSS NDT. Selain itu juga, MSNT bertindak sebagai agen mempromosikan sistem persijilan kebangsaan, SPKM-NDT kepada industri dan pengamal NDT di Malaysia. Di samping itu, MSNT bekerjasama dengan JPK dalam memastikan kualiti serta penerimaan industri terhadap sistem persijilan kebangsaan NDT adalah diutamakan.

ndt msndt
                                                                                                                                                                               (klik untuk pautan ke MSNT)


Kenyataan Kesaksamaan (Impartiality) Jabatan

JPK mempunyai struktur, polisi dan prosedur untuk menguruskan kesaksamaan (impartiality) bagi memastikan aktiviti persijilan dilaksanakan secara saksama. JPK mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kesaksamaan aktiviti persijilan serta tidak akan membenarkan sebarang aktiviti komersil, kewangan atau lain-lain aktiviti yang boleh menggugat kesaksamaannya. Aktiviti persijilan distruktur dan diurus dengan mengambil kira penglibatan dari pihak pemegang taruh (stakeholder) secara seimbang demi menjaga kepentingan kesaksamaan serta mengelakkan conflict of interest bagi memastikan objektiviti aktiviti persijilan terpelihara, melalui keanggotaan Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK NDT).



Muat turun Panduan dan Dokumen NDT

Carta Alir Pengurusan SPKM NDT

Bil Tajuk  
1

 Carta Alir Pengurusan Aduan SPKM NDT
Muat Turun
2  Carta Alir Pengurusan Rayuan SPKM NDT Muat Turun


Jadual Peperiksaan NDT


Bil Tajuk  
1

 Perancangan Jadual Peperiksaan 2020 baru
Muat Turun


Senarai Panduan SPKM-NDT


Bil

Tajuk  
1

 Panduan Menduduki Peperiksaan Ujian Tanpa Musnah (JPK/PanduanNDT/01) 
Muat Turun
2  Panduan Permohonan Persijilan NDT (JPK/PanduanNDT/02)  Muat Turun
3  Panduan kepada Pemohon Persijilan NDT Muat Turun
4  Panduan Pelaksanaan & Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah NDT (JPK/PanduanNDT/03)  Muat Turun
5  Panduan Penggunaan Logo Skim Persijilan NDT, Tanda Akreditasi dan Tanda Certified Person (JPK/PanduanNDT/09) Muat Turun
6  Polisi NDT untuk TA & EC Muat Turun
7  Senarai Kursus SKM NDT dan Pusat Latihan baru Muat Turun
8  Panduan Program Khas Pengalaman Industri Di Pusat Penyediaan Pengalaman Muat Turun
9  Panduan Permohonan Persijilan Semula Melalui Sistem Kredit baru Muat Turun


Senarai Borang SPKM-NDT


Bil

Tajuk  
1

 Borang Ujian Penglihatan (JPK/Borang NDT/01)                                                                                                          
Muat Turun
2  Borang Permohonan Peperiksaan (JPK/Borang NDT/02) Muat Turun
3  Borang Permohonan Persijilan NDT (JPK/Borang NDT/03) Muat Turun
4  Borang Pengalaman Industri Dalam Kaedah NDT (Sektor Industri) (JPK/Borang NDT/04) Muat Turun
5  Borang Pengalaman Dalam Kaedah NDT Bagi Tahap 3 (JPK/Borang NDT/05) Muat Turun
6  Borang Pengesahan Majikan/ Penyelia (JPK/Borang NDT/06) Muat Turun
7  Kod Etika Pemegang Sijil NDT (JPK Borang NDT/07) Muat Turun
8  Lampiran Panduan Pelaksanaan & Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah NDT (JPK/PanduanNDT/03)  Muat Turun
9  Borang Permohonan Sebagai EPC  Muat Turun
10  Borang Permohonan Pengalaman di EPC  Muat Turun
11  Borang Pengumpulan Mata Kredit tahap 3 baru Muat Turun

Galeri Video dan Aktiviti SPKM-NDT

 
video

Video Korporat Ujian Tanpa Musnah (NDT) JPK

1 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori

Pemeriksaan Radiograf di SIRIM Berhad

2 endt

Ketua Pemeriksa sedang memberi penerangan kepada

calon peperiksaan Digital Radiography (RCA Course)

3 endt

Pakar Industri NDT sedang menjalankan pemeriksaan

terhadap sampel peperiksaan

4 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori

Pemeriksaan Radiograf di Agensi Nuklear Malaysia

5 endt

Sesi witness audit peperiksaan praktikal Pemeriksaan

Radiografdi Ruane-TATI Sdn. Bhd.

6 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan praktikal

Penguji Arus Pusar di RSA Academy Sdn. Bhd.

7 endt

Calon peperiksaan praktikal Penembus Cecair

di RSA Academy Sdn. Bhd.

8 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan

teori di Agensi Nuklear Malaysia.

9 endt

Calon-calon sedang menduduki peperiksaan

teori Ultrasonik di ITC Skills Training Institute

 

 

Hubungi Kami :-

Dr. Alina binti A. Rahman @ Othman
Ketua Penolong Pengarah
03-8871 1399
alina[at]mohr[dot]gov[dot]my

En. Ahmad Muzafar bin Mamat @ Adam
Penolong Kanan Pengarah
03-8886 5448
amuzafar[at]mohr[dot]gov[dot]my

Pn. Liyana binti Haminudin
Penolong Kanan Pengarah
03-8886 5531
liyana[at]mohr[dot]gov[dot]my

En. Mohd Hafiz bin Hassan
Penolong Kanan Pengarah
03-8886 5486
mdhafiz[at]mohr[dot]gov[dot]my

En. Yuhazreen bin Yusof
Pegawai Pembangunan Kemahiran
03-8886 2392
yuhazreen[at]mohr[dot]gov[dot]my

En. Ahmad Sukri Bin Salleh
Pegawai Pembangunan Kemahiran
03-8886 5922
ashukri[at]mohr[dot]gov[dot]my

 

 
Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .