Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
Facebook Twitter RSS Youtube QR Code Apps .
 
Bahasa Lain  
Saiz Teks:
A- A A+
Warna Tema: blue green red

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 03-8886 5589/5817 atau email kepada kami di jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my.

  

National Occupational Skills Standard (NOSS)

 1.    Apakah beza antara daftar NOSS dan NOSS?
    Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan), manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
     
 2.   Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
    NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya atau memohojn melalui pos. Setiap NOSS dijual dalam bentuk CD berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
     
3.   Apa boleh dilakukan sekiranya terdapat beberapa kemahiran yang belum lagi disediakan NOSS walhal didapati kemahiran tersebut sangat diperlukan.
    Cadangan pembangunan NOSS boleh dilakukan secara rasmi dengan mengisi borangJPK/NOSS/1008, BORANG CADANGAN PEMBANGUNAN NOSS yang boleh diperolehi dalam Laman Web JPK.
     
4.   Adakah noss menyenaraikan keperluan peralatan, perkakasan dan bahan sebagai makluman pusat bertauliah sebelum membuat sesuatu permohonan pentauliahan program.
    Ya, Senarai tersebut boleh disemak pada profile tugasan atau pada Unit Kompetensi.
     
5.   Pusat bertauliah saya telah diluluskan untuk menjalankan program kemahiran bagi noss tertentu tetapi baru 2 bulan ditauliahkan kod noss berubah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pusat saya?
    Pusat Bertauliah ada dua pilihan:

  1. Meneruskan pelaksanaan latihan berasaskan NOSS lama. Namun demikian pastikan tarikh tamat latihan tidak melangkaui tarikh tamat pentauliahan. Jika ini akan berlaku, kumpulan pelatih berkenaan perlulah mengikuti program berasaskan NOSS baru dan Pusat Bertauliah wajib memohon pentauliahan untuk NOSS baru.
  2. Sekiranya belum ada calon yang sedang dilatih, PB boleh memohon pentauliahan menggunakan NOSS baru.

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

 1.   Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?
    Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
     
 2.   Mengapa saya perlu memohon PPT?
    PPT dapat:
  1. Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;
  2. Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; dan
  3. Meningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.
     
3.   Siapakah yang layak memohon PPT?
    Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal).
     
4.   Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT?
    Anda perlu
  1. Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.
  2. Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT; dan
  3. Untuk maklumat lanjut, mohon layari pautan berikut : https://www.dsd.gov.my
     
5.   Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?
    Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
     
6.   Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
    NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat JPK Wilayah. Setiap pakej NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O) dan Wang Pos atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.

Atau

Pembelian pakej NOSS melalui pos juga diterima dengan mengemukakan surat permohonan kepada JPK, bayaran dan sampul bersetem beralamat sendiri.
     
7.   Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS melalui Penilaian Kendiri yang diperolehi?
    Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
  1. Menjalani latihan kemahiran di PB-PPT (bagi jurang Kemahiran tidak lebih daripada 30% keperluan NOSS) panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atau
  2. Mendapatkan pengalaman kerja bagi jurang kemahiran tersebut sehingga cukup.
     
8.   Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?
    Pemohon perlu:
  1. Mencetak dan mengisi borang pendaftaran PPT yang boleh diperolehi melalui laman web (www.dsd.gov.my) atau mendaftar secara atas talian di laman web www.skkm.gov.my; dan
  2. Menghantar borang yang lengkap diisi beserta bayaran dan dokumen sokongan yang diperlukan ke JPK Cyberjaya melalui pos ataupun serahan tangan.
     
9.   Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT?
   
  1. Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
  2. Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
     
10.   Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima?
   
  1. Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan” beserta resit kepada calon
  2. Permohonan yang ditolak,borang permohonan dan bayaran akan dipulangkan kepada calon dan bayaran tidak akan dikembalikan.
     
 11.    Kenapakah permohonan saya ditolak?
   
  1.  Borang permohonan tidak lengkap; atau
  2. Pemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT.
     
 12.    Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?
     Calon perlu menghubungi PP-PPT untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian

* Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan.
     
13.   Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan?
   
  1. 2 bulan - SKM 1/2/3
  2. 5 bulan - DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)
* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
     
14.   Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT?
   
  1. Calon;
  2. Pegawai Penilai (PP-PPT);
  3. Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT);
  4. Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM)
     
15.   Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?
    TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK atau PP-PPT menari diri dalam penugasan beliau.
     
 16.   Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian.
    TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
     
 17.   Sekiranya saya telah menyelesaikan verifikasi proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
   
  1. PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.
  2. Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantik
  3. Keputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi. 
(*Sesi verifikasi WAJIB dihadiri oleh calon. Mana-mana calon yang gagl hadir tanpa alasan yang munasabah, maka keputusan persijilan adalah gagal.)
     
18.   Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
   
PPL akan menghantar borang permohonan pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon / agensi yang menguruskan permohonan calon. Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil.
     
     
19.   Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?
    Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori:
i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya dan Negara amnya di mana terbahagi kepada dua kategori:
   • Kategori 1: Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPK (Panel Pembangunan NOSS).
   • Kategori 2: Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan / Antarabangsa

ii. Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ATAU Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKM) (Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my )
     
 20.   Ke manakah pertanyaan mengenai PPT hendak disalurkan?
    Semua pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Semua pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Persijilan

 1.   Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kehilangan sijil SKM?
    Sekiranya berlaku kehilangan sijil, sila isikan borang JPK/SG/h4 yang boleh diperolehi daripada laman web JPK dan kemukakan dokumen-dokumen berikut (ASAL) untuk mendapatkan salinan SKM:
  1. Surat Akuan Sumpah - boleh menggunakan BORANG JPK/U/1022 (boleh ambil di kaunter JPK)
  2. Surat Akuan dari Institut/Salinan Sijil/Rekod Penilaian Kumulatif/Portfolio
  3. Bayaran RM55.00 bagi setiap satu sijil atau RM100 bagi sijil NDT dibuat menggunakan bank draf atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”; dan
(Nota: maklumat berkaitan dengan sijil hilang ada diterangkan dalam laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan Menu Perkhidmatan -> SLaPB -> Pendaftaran & Persijilan).
     
 2.   Apakah faedah mengikuti Persijilan Kemahiran Malaysia?
          1. Diiktiraf oleh industri di Malaysia;
      2. Memberi suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik; dan
      3. Berupaya melahirkan pekerja mahir terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing Negara di pasaran dunia.
     
3.   Bagaimanakah struktur Persijilan Kemahiran Malaysia?
    Terbahagi kepada 5 tahap seperti berikut :
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
     
4.   Apakah kaedah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia?
    3 kaedah iaitu:
  • Latihan melalui institusi latihan yang diiktiraf (Pusat Bertauliah)
  • Latihan melalui industri dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
  • Melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).
     
5.   Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sijil SKM belum diterima dari Pusat Bertauliah sedangkan Pusat Bertauliah tersebut telah ditutup?
    Sila kemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sertakan bukti kehadiran semasa pengajian di Pusat Bertauliah berkenaan berserta portfolio pelatih.
     
6.   Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan?
    Gunakan borang JPK/P3 /T1003.
     
7.   Bolehkah projek sedia ada (lama) digunapakai kembali untuk projek persijilan DKM & DLKM
    TIDAK BOLEH. Setiap projek DKM/DLKM adalah projek baru.
     
8.   Saya memiliki SKM Peringkat Asas. Bolehkah saya mengikuti latihan untuk SKM Tahap 2 tanpa mendapatkan SKM Tahap1?
    Boleh dengan syarat permohonan bagi kemahiran yang sama. SKM Asas adalah dianggap bersamaan dengan SKM Tahap 1.
     
9.   Bolehkah saya mendapatkan sijil SKM yang dicetak dalam Bahasa Inggeris?
    BSKM hanya boleh dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun, versi Bahasa Inggeris boleh dikeluarkan atas permintaan. Permohonan hendaklah secara bertulis kepada Bahagian MOSQ.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

 1.   Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)?
    Sila dapatkan jawapan dan semua persoalan mengenai SLDN di Menu -> Perkhidmatan -> Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
     
 2.   Bagaimana untuk memohon menjalani program SLDN?
   
  • Semak iklan pengambilan secara kerap di laman web JPK atau Pusat Latihan SLDN atau dalam akhbar arus perdana.
  • Buat permohonan dengan mengikut arahan/kaedah pengambilan yang dinyatakan.
  • Tunggu surat tawaran daripada pelaksana jika berjaya dalam permohonan.
     
3.   Saya telah tamat latihan SLDN tetapi masih belum menerima.sijil. Kepada siapa patut saya berurusan?
    Buat semakan dengan pegawai bertanggungjawab sama ada sijil masih dalam proses percetakan, sudah diposkan atau penyerahan kepada pelanggan.
     
4.   Berapakah yuran pendaftaran yang dikenakan kepada perantis SLDN?
    Yuran pendaftaran yang perlu dibayar kepada JPK adalah sebanyak RM100.
     
5.   Apakah syarat-syarat yang perlu untuk mengikuti program SLDN?
    Secara umum adalah:
  • Warganegara Malaysia.
  • Boleh bertutur dan menulis dalam BM dan BI
  • berumur 16 – 40 tahun pada masa memohon
Nota: Walau bagaimanapun sesetengah syarikat meletakkan beberapa syarat tambahan mengikut keperluan mereka.
     
6.   Berapakah bayaran yang perlu saya lunaskan untuk mengikuti program latihan di bawah SLDN
    Tiada bayaran yang perlu dibuat, kecuali pendaftaran yang mungkin dikenakan oleh syarikat. Malah dalam SLDN perantis akan mendapat elaun latihan yang diberi oleh syarikat atau kerajaan melalui skim-skim latihan tertentu.
     
7.   Berapakah elaun yang diberikan kepada pelatih yang menjalankan SLDN khas?
    RM300 sebulan.
     
8.   Bagaimana untuk memohon sebagai pusat bertauliah SLDN?
    Kemukakan permohonan dengan menggunakan borang JPK/SLDN/DI01 bagi Pusat Latihan SLDN dan Borang JPK/SLDN/DSO1 bagi Syarikat SLDN yang boleh dimuat turun dari laman web JPK.
     
9.   Apakah proses yang perlu dilakukan untuk perlaksanaan peperiksaan akhir SLDN?
   
  1. Pusat latihan melantik penggubal soalan.
  2. pusat latihan / syarikat mengemukakan borang JPK/SLDN/PO3 ke JPK bersama-sama dengan 2 set soalan teori dan praktikal dalam bentuk softcopy 2 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

Pentauliahan

 1.   Apa yang dimaksudkan dengan Pusat Bertauliah (PB)?
    Pusat Bertauliah (PB) adalah sesuatu organisasi sama ada sebuah instutut latihan atau syarikat yang dliluluskan oleh JPK bagi melaksanakan program latihan kemahiran berasaskan NOSS.
     
 2.   Apakah syarat atau kriteria untuk menjadi Pusat Bertauliah?
    Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
     
3.   Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi pusat bertauliah JPK?
    Memohon secara online di https://www.skkm.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM1500.00 dalam bentuk bank draf atau money order atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat BertauliahDibawahSistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
     
4.   Apakah kelayakan yang perlu ada pada Pegawai Penilai (PP) di pusat bertauliah?
    1. Surat lantikan daripada pusat Bertauliah.
2. Telah hadir kursus Induksi Pentauliahan dengan jayanya;
3. Memiliki SKM sekurang-kurangnya 1 tahap lebih tinggi daripada tahap yang diajar; dan
4. Memiliki sijil teknik mengajar yang diiktiraf oleh JPK.
     
5.   Bagaimanakah cara untuk memperbaharui pentauliahan?
    Memohon secara online di https://www.skkm.dsd.gov.my dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM200.00 untuk setiap program dalam bentuk bank draf atau money order atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
     
6.   Apakah program latihan kemahiran yang boleh ditawarkan oleh Pusat Bertauliah?
    Berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan. Sila rujuk laman web JPK untuk menyemak dan memuat turun daftar NOSS terkini (https://www.dsd.gov.my).
     
7.   Setelah mengemukakan permohonan Pusat Bertauliah, berapa lama saya perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan sama ada dilulus atau tidak?
    Keputusan boleh diketahui dalam tempoh 3 bulan sekiranya permohonan lengkap dan semua keperluan seperti dinyatakan dalam panduan dipatuhi.
     
8.   Siapakah yang layak mengikuti program latihan kemahiran?
    Individu yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. walau bagaimanapun pusat bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih mereka.
     
9.   Berapa lamakah tempoh latihan bagi mengikuti program persijilan Kemahiran Malaysia?
    Secara umum, tempoh latihan adalah seperti berikut:
  • SKM Tahap 1: 600 jam.
  • SKLLM Tahap 2: 600 jam.
  • SKM Tahap 3: 1200 jam
  • DKM (Tahap 4): 1200 jam
  • DLKM (Tahap 5): 1800 jam
     
10.   Bolehkah bekas tahanan juvana atau sesiapa yang pernah dihukum atas apa-apa kesalahan jenayah mengikuti program latihan kemahiran di Pusat Bertauliah?
    Boleh. Semua individu boleh mengikuti latihan tanpa mengira bangsa, agama, gender, sejarah lampau dan sebagainya. Yang utama beliau berminat, memenuhi syarat dan mampu mengikuti program berkaitan. Untuk makluman, program JPK juga ada ditawarkan di pusat serenti, pusat pemulihan akhlak malah di penjara.
     
11.   Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?
    Surat permohonan hendaklah dikemukaan kepada Bahagian MOSQ sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh lawatan PPL. Pemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasi. Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan Muat Turun Borang - Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL.
     
12.   Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.
    Kadar bayaran permohonan pas pelajar adalah melalui EMGS dengan merujuk kepada kadar fi dan caj seperti di lampiran 4 – Panduan dan Syarat Pelaksanaan Sistem Pesijilan Kemahiran Malaysia bagi Pelatih Antarabangsa dalam Negara melalui pautan berikut:
https://www.dsd.gov.my/jpkv4/index.php/my/perkhidmatan/slapb/pusat-bertauliah.
     
13.   Pusat bertauliah saya telah diluluskan untuk menjalankan program kemahiran bagi noss tertentu tetapi baru 2 bulan ditauliahkan kod noss berubah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pusat saya?
    Pusat Bertauliah ada dua pilihan:
  1. Meneruskan pelaksanaan latihan berasaskan NOSS lama. Namun demikian pastikan tarikh tamat latihan tidak melangkaui tarikh tamat pentauliahan. Jika ini akan berlaku, kumpulan pelatih berkenaan perlulah mengikuti program berasaskan NOSS baru dan Pusat Bertauliah wajib memohon pentauliahan untuk NOSS baru.
  2. Sekiranya belum ada calon yang sedang dilatih, PB boleh memohon pentauliahan menggunakan NOSS baru.

Pembelian NOSS

 1.   Bolehkah pembelian NOSS dibuat secara online?
    NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat JPK Wilayah. Setiap pakej NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O) dan Wang Pos atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.

Atau

Pembelian melalui pos juga diterima dengan mengemukakan surat permohonan kepada JPK, bayaran dan sampul bersetem beralamat sendiri.
     
 2.   Sebelum saya membeli NOSS, bagaimana saya ingin tahu nama dan kod NOSS?
    Boleh rujuk di Daftar NOSS terkini di laman web JPK: http://www.dsd.gov.my/
     

Pembangunan NOSS

 1.   Apakah yang dimaksudkan dengan NOSS?
    NOSS - Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan minimum yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
     
 2.   Siapa yang bangunkan NOSS?
    NOSS dibangunkan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan berasaskan keperluan pekerjaan dan mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
     
3.   Bagaimana untuk mengenalpasti Competency Unit (CU) dalam NOSS?
    Bagi mengenalpasti Competency Unit (CU) dalam NOSS, boleh melayari laman web: www.inoss.gov.my.
     
 4.   Apakah yang dimaksudkan dengan Core Abilities?
    Core Abilities merupakan program Standard yang digunakan sebagai pelengkap kepada NOSS sedia ada untuk menjadikan pekerja lebih relevan dan berdaya saing dalam era globalisasi. Program Core-Abilities menerapkan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan. Bagi tujuan pelaksanaan program Core Abilities yang lebih efektif, maka JPK telah membuat penambahbaikan kepada Panduan Pelaksanaan NCS-Core Abilities (JPK/07/NCS-CORE ABILITIES (P1)).
     
 5.   Bagaimanakah saya boleh mendapatkan NOSS?
    Kenalpasti dahulu NOSS yang hendak dibeli dengan menyemak daftar NOSS di pautan berikut:

https://www.dsd.gov.my/index.php/my/

NOSS boleh diperolehi di pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat JPK Wilayah. Setiap pakej NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O) dan Wang Pos atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’;

Atau

Pembelian melalui pos juga diterima dengan mengemukakan surat permohonan kepada JPK, bayaran dan sampul bersetem beralamat sendiri.
     

WIM & Soalan Peperiksaan Akhir (NOSS)

 1.   Boleh tak saya dapatkan soalan peperiksaan akhir teori atau amali daripada JPK?
    TIDAK BOLEH. Pusat Bertauliah boleh memohon secara bersurat kepada Pengarah Bahagian NOSS. Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang dilantik oleh Bahagian MOSQ akan membawa soalan tersebut pada hari peperiksaan akhir.
     
 2.   Bagaimana saya nak dapatkan WIM (Written Instructional Materials)?
    WIM boleh diperolehi di kaunter pejabat JPK Cyberjaya (Bahagian NOSS) dengan menyertakan surat permohonan lengkap beserta nama Pusat Bertauliah (PB) / Pusat Latihan (PL) kepada Pengarah Bahagian NOSS. Sila bawa bersama pendrive. WIM INI TIDAK BOLEH DIJUAL.
     

Statistik Jabatan

 1.   Bagaimana untuk mendapatkan statistik keluaran JPK?
    Boleh rujuk pautan pada Menu Media -> Statistik di www.dsd.gov.my . Bagi permohonan statistik yang lebih terperinci boleh menghantar surat permohonan ke Unit Selidik, Bahagian Perancangan, Penyelidikan & Pembangunan (PPP) JPK Putrajaya.
     

Pusat Latihan Pengajar & Lanjutan (CIAST)

 1.   Apakah CIAST ?
    CIAST ialah ‘Centre for Instructor and Advanced Skill Training’ atau ‘Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan’ merupakan sebuah institut latihan kemahiran awam di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). CIAST menjalankan kursus bagi melahirkan tenaga pengajar kemahiran dan ‘train the trainer’ kepada pengajar kemahiran.
     
 2.   Dimana terletaknya CIAST?
    CIAST terletak di alamat berikut: Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor. Phone: 03-5543 8200
     
3.   Apakah program-program yang dijalankan di CIAST?
    CIAST menawarkan Kursus Jangka Panjang seperti:
i. Sijil Pengajar Vokasional/ Vocational Training Officer (VTO) Tahap 3;
ii. Diploma Lanjutan Pengajar Vokasional (DLPV) Tahap 5 (Bidang Elektronik, Mekatronik, Pengeluaran, Kimpalan dan Automotif); dan
iii. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 + VTO (Bidang Elektronik, Mekatronik, Pengeluaran, Kimpalan, Automotif, Komputer Sistem dan Komputer Rangkaian). (*Selain daripada itu, CIAST turut menawarkan kursus jangka pendek dalam bidang teknikal dan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran mengajar khususnya dalam bidang vokasional. Sila layari pautan berikut (https://www.ciast.gov.my/ – kursus.)
     
 4.   Adakah CIAST menyediakan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian?
    TIDAK. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan di CIAST, mohon layari FAQ CIAST di pautan berikut: https://www.ciast.gov.my/?page_id=677&lang=en
     

Pembayaran (Kewangan)

 1.   Bilakah waktu operasi bagi Kaunter Pembayaran (Kewangan) beroperasi?
    Kaunter Pembayaran (Kewangan) beroperasi pada hari bekerja kecuali cuti umum. Masa operasi adalah seperti perincian di bawah dan tutup pada waktu rehat.

Jadual 1
Waktu Operasi Kaunter Kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat Wilayah
   
JPK Waktu Operasi Urusan Kaunter 
Ibu Pejabat
JPK Putrajaya
8.00 pagi – 4.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Pendaftaran pelatih
Sijil hilang/ganti
JPK Cyberjaya 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Pendaftaran pelatih/PPT/SLDN
Sijil hilang/ganti
JPK Sabah 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Sarawak 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Tengah 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Utara 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Timur 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
(* Pembelian NOSS ditutup pada 
minggu terakhir setiap bulan)
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Selatan 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Penerimaan dokumen pendaftaran


     
 2.   Adakah penerimaan tunai boleh dilakukan di Kaunter Pembayaran (Kewangan) JPK?
   

Jadual 2

Jumlah Penerimaan Tunai Bagi Ibu Pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat Wilayah JPK
JPK Urusan Kaunter  Bayaran Tunai Boleh
Diterima / Diproses
Ibu Pejabat
JPK Putrajaya
Pembelian NOSS
Pendaftaran pelatih
Sijil hilang/ganti
Boleh
Bawah RM100
JPK Cyberjaya Pembelian NOSS 
Pendaftaran pelatih/PPT/SLDN 
Sijil hilang/ganti
Tidak Boleh
JPK Sabah Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Sarawak Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Tengah Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Boleh
JPK Utara Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Timur Pembelian NOSS 
(* Pembelian NOSS ditutup pada 
minggu terakhir setiap bulan)
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Selatan Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh




     
3.   Berapa keping penerimaan Kiriman Wang (KW) atau Bank Draf (BD) yang boleh diterima dalam satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama?
    Penerimaan yang dibenarkan hanya 5 keping KW/BD untuk satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama. Penerimaan KW/BD yang melebihi 5 keping akan diterima dan diproses seperti biasa. Walau bagaimanapun, pengeluaran resit akan diberikan pada hari berikutnya bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama untuk setiap pelanggan.
     
 4.   Apakah bentuk bayaran yang diterima di kaunter kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya?
    Hanya Bank Draf (BD) dan Kiriman Wang (KW) sahaja dibenarkan. Bayaran tunai dibenarkan bawah RM100. Manakala bayaran menggunakan WANG POS DAN CEK TIDAK DIBENARKAN.
     
 5.   Apakah prosedur bagi pembayaran untuk Calon Ulang Nilai? (Unit Pentauliahan)?
    Bayaran RM100 dikenakan pada setiap Calon Ulang Nilai. Nama calon mesti tertera di atas resit terhad kepada 10 nama sahaja. Sekiranya nama calon melebihi daripada 10 calon, resit akan dikeluarkan pada hari berikutnya kerana melibatkan masa menunggu yang lama. Selain itu mohon pihak Pusat Bertauliah menyatakan dengan jelas di cover letter Calon Ulang Nilai perkara-perkara berikut:
a) Jenis Pembayaran;
b) No KW/BD;
c) Jumlah Bayaran; dan
d) Senarai Nama Calon Ulang Nilai.

(*Bayaran Calon Ulang Nilai tidak boleh disekalikan dengan bayaran Pendaftaran SKM)

(**Sering kali kaunter kewangan menerima bayaran untuk Calon Ulang Nilai melibatkan wang pos yang begitu banyak kerana Pusat Bertauliah mengarahkan calon mana-mana yang gagal untuk membuat wang pos sendiri. Apabila melibatkan wang pos yang banyak, ini akan menyebabkan berlaku ralat yang banyak di Unit Kewangan melibatkan resit pembayaran. Perkara seperti ini adalah TIDAK DIGALAKKAN.)
     
6.   Bagaimana prosedur pembayaran bagi pembelian NOSS?
    Bayaran melalui tunai harus dibuat berdasarkan kepada Jadual 2 di atas. (**Wakil bagi pihak Pusat Bertauliah tidak dibenarkan sekiranya pembelian NOSS secara tunai melebihi RM100.)
     
7.   Bagaimanakah cara bayaran jika menggunakan Pesanan Tempatan (L.O)?
    • Cara bayaran EFT/BD/Kiriman Wang/CEK (Pusat Bertauliah Kerajaan);
• Digalakakan EFT; dan
• Atas nama “KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN”.
     
8.   Berapa lamakah tempoh masa pengeluaran invois?
    Invois akan dikeluarkan apabila Pesanan Tempatan (L.O) telah diterima dari unit berkaitan dalam tempoh 2 minggu.
     
9.   Berapa lamakah tempoh masa resit yang akan dikeluarkan?
    Bagi bayaran melalui EFT, ianya akan mengambil masa dalam tempoh 3 minggu hingga satu bulan kerana bayaran yang dibuat melalui EFT perlu menunggu laporan dari pihak JANM/Bank yang dikemukakan setiap 2 minggu sekali kepada Unit Kewangan Jabatan.
     
10.   Perihal Bayaran di Baucer Bayaran?
    Setiap bayaran yang dilakukan melalui EFT wajib meletakan nombor invois Jabatan untuk rujukan Jabatan (G2G) dan tujuan bayaran.
     
11.   Apakah maklumat perihal di dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu di catatkan?
    Perihal bayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu dicatatkan bagi tujuan pembayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) perlu spesifik bagi tujuan bayaran. Cth: Pendaftaran SKM Pentauliahan, Pembaharuan dll.
     
12.   Bilakah tarikh akhir bagi penghantaran TNT?
    BTarikh akhir penghantaran TNT adalah sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya.
     
13.   Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama TNT?
    Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:-
a) Kenyataan TNT yang lengkap (Link borang);
b) Slip gaji @ perakuan gaji (Jelas dan mudah dibaca);
c) Penyata Touch N Go / Salinan asal resit tol;
d) Salinan IC;
e) Salinan akaun bank (Jelas dan mudah dibaca);
f) Surat arahan tugasan; dan
g) Resit asal (Hotel/Teksi/Bas/Keretapi/Kapal Terbang/ Grab). (* Setiap dokumen hendaklah diakui sah oleh pegawai yang melantik)
     
14.   Berapa kali tuntutan perjalanan boleh dikemukan dalam sebulan?
    Tuntutan perjalanan boleh dikemukakan hanya sekali sahaja merangkumi semua tugasan dalam bulan berkenaan. Jabatan berhak untuk menolak tuntutan kedua dan seterusnya bagi penugasan pada bulan yang sama.
     
15.   Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk membuat semakan status tuntutan?
    Pegawai yang boleh dihubungi ialah Unit Kewangan, Bahagian KPSM, Ibu Pejabat JPK Putrajaya di talian (03-88865512).
     
16.   Adakah kadar TNT Kerajaan dan Swasta sama?
    TIDAK. Kadar TNT Kerajaan dan Swasta adalah berbeza.
     
17.   Apakah yang perlu dilakukan sekiranya TNT lewat dihantar?
    Kelewatan menghantar TNT mesti disertakan surat tunjuk sebab dan perlu mendapat kelulusan KP, JPK.
     
18.   Adakah pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian?
    Belum Sedia.
     

 

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details… .