Laman web Rasmi
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)Jabatan Pembangunan Kemahiran
Megenai Kami
Majlis Pembangunan Kemahiran Malaysia
Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dengan fungsinya :-
- Meluluskan Standard;
- Menasihati Menteri tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Akta ini;
- Menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri; dan
- Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam Akta ini.
Peranan
MPKK mempunyai dua (2) Jawatankuasa dan enam (6) Jawatankuasa Kerja di bawahnya, iaitu:
Jawatankuasa MPKK

Jawatankuasa Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan Kemahiran (JPPKK)
Bertanggungjawab terhadap permohonan bagi penilaian penyetaraan program persijilan kemahiran Malaysia dengan kelayakan kemahiran lain yang dikeluarkan oleh mana-mana badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia
Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja Tadbir Urus TVET
Bertanggungjawab untuk mengharmoni hubungan di antara JPK dengan regulatory body yang lain untuk mengelakkan pertindihan kuasa serta mewujudkan laluan kerjaya yang lebih jelas.

Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS)
Bertanggungjawab mengesah dan memperaku Standard yang telah dibangunkan selaras dengan keperluan industri negara untuk kelulusan MPKK.
Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja Persijilan & Pengiktirafan
Bertanggungjawab untuk meningkatkan tadbir urus TVET yang lebih efektif.

Jawatankuasa Kerja Peningkatan Kualiti Latihan TVET
Bertanggungjawab mencadangkan mekanisme pelaksanaan latihan yang lebih signifikan selaras dengan keperluan industri negara.

Jawatankuasa Kerja Promosi
Bertanggungjawab penjenamaan semula serta meningkatkan penerimaan masyarakat berkaitan TVET.

Jawatankuasa Kerja Pembiayaan Latihan
Bertanggungjawab merangka kaedah pembiayaan latihan yang lebih produktif.

Jawatankuasa Kerja Kerjasama Strategik
Bertanggungjawab merangka kaedah pembiayaan latihan yang lebih produktif.