JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD (JTS)

TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD



  1. Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan fungsi Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dengan memperakukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi tujuan kelulusan di peringkat MPKK.
  2. Ahli JTS dilantik oleh Pengerusi MPKK, Timbalan Menteri Sumber Manusia yang terdiri daripada pengerusi (ahli MPKK), timbalan pengerusi, wakil pemegang taruh (stakeholder) keselamatan dan kesihatan pekerjaan, wakil pemegang taruh (stakeholder) pembangunan mampan (sustainable development), wakil pemegang taruh (stakeholder) pengurusan dan pentadbiran, wakil pemegang taruh (stakeholder) kemajuan teknologi industri, wakil latihan kemahiran, wakil industri mengikut bidang industri dalam Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 dan Pengarah Bahagian NOSS selaku setiausaha.
     
  3. Peranan JTS adalah untuk mengesahkan kandungan Standard yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Standard – JPS (fasilitator, panel pakar industri dan panel pakar latihan kemahiran) dan disyorkan oleh Jawatankuasa Teknikal Penilaian Standard – JTPS (pemegang taruh, panel pakar industri dan panel pakar latihan kemahiran) selaras dengan keperluan industri negara, lengkap dan komprehensif serta memperaku Standard untuk kelulusan MPKK.