Ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)
Setiap pelantikan anggota Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) perlu mendapat persetujuan Menteri Sumber Manusia kerana anggota MPKK merupakan penasihat utama kepada Menteri Sumber Manusia seperti yang dinyatakan di dalam Akta 652. Pada tahun 2023, seramai 22 orang anggota MPKK yang baharu telah dilantik.
Justeru itu, bagi meraikan kehadiran anggota baharu MPKK dalam merancakkan lagi usaha ke arah memartabatkan latihan kemahiran di negara ini, JPK telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Anggota Baharu MPKK yang diserahkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah diadakan di Dewan Utama, Tingkat 7, Menara PERKESO Putrajaya pada 2 April 2024.
Anggota Majlis yang dilantik bagi tempoh dari 6 Mac 2024 sehingga 5 Mac 2027 adalah seperti di Jadual 1.
ANGGOTA TETAP MAJLIS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (MPKK)
DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006 [AKTA 652]
(6 MAC 2024 – 5 MAC 2027)
BIL | KEANGGOTAAN MAJLIS | ANGGOTA TETAP MPKK |
---|---|---|
1. | Pengerusi | YB ENCIK STEVEN SIM CHEE KEONG Menteri Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) |
2. | Timbalan Pengerusi | YBHG. DATO’ HAJAH NORISON BINTI RAMLI Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) |
3. | Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) |
Ts. ZULEAH BINTI DARSONG Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) |
4. | Seorang (1) anggota mewakili Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri |
EN. CHE RAHIM BIN DAUD Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Kementerian Ekonomi (KE) |
5. | Seorang (1) anggota mewakili Jabatan Perkhidmatan Awam |
EN. JAMALULAIL BIN ABU BAKAR Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) |
6. | Seorang (1) mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelajaran |
TS. ZULKERNAI BIN FAUZI Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
7. | Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengajian tinggi |
YBRS. DR. MOHD ZAHARI BIN ISMAIL Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) |
8. | Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia |
YBHG. DATO’ HAJAH NORISON BINTI RAMLI Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) |
9. | Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi belia dan sukan |
EN. SHAHRUL AFFENDI BIN BAHARUDIN Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) |
10. | Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan usahawan dan koperasi |
YBRS. DR. SALMAH BINTI SATHIMAN Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) |
11. | Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertanian |
PN. AISHAH BINTI HJ YUSOFF Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perancangan) Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) |
12. | Seorang (1) anggota mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kerja raya |
PN. HAMDIAH BINTI ISMAIL Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Antarabangsa Kementerian Kerja Raya (KKR) |
13. | Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
EN. NIK MUSTAPHA BIN NIK MOHAMED Timbalan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) |
14. | Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
EN. JAMIL BIN BAKRI Ketua Pegawai Eksekutif Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) |
15. | Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
EN. AZLI BIN HAJI NORALI Ketua Sumber Manusia Majlis Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) |
16. | Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
EN. SHAH AMIRUDIN BIN IDRIS Presiden Persatuan Institut-institut Latihan Pelancongan Malaysia (ATTIM) |
17. | Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
EN. MD PARIZAL BIN JAMIAN Pengurus Bermaz Auto Berhad |
18. | Enam (6) orang anggota mewakili sektor swasta |
PN. LAI SWEE FONG Naib Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) |
19. | Dua (2) orang anggota yang mempunyai, pada pendapat Menteri, pengetahuan khas atau pengalaman dalam latihan kemahiran |
IR. NURIMAN BIN YUSOP Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal Majlis Amanah Rakyat (MARA) |
20. | Dua (2) orang anggota yang mempunyai, pada pendapat Menteri, pengetahuan khas atau pengalaman dalam latihan kemahiran |
TS. Dr. MOHD HATTA BIN JOPRI Pensyarah Kanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) |
21. | Seorang (1) anggota yang mewakili penyedia latihan kemahiran swasta |
TS. Dr. RAVINTHIRAN A/L RAMASAMY Presiden Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) |
22. | Seorang (1) anggota yang mewakili pertubuhan wanita |
YBHG. DATIN DR. NORLAILI BINTI ALIAS Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA) |
- Menilai dan mengesyorkan secara berterusan keperluan kemahiran pada masa kini dan akan datang bagi tenaga kerja mahir dan separuh mahir;
- Mengesan dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program- program latihan vokasional yang ada sekarang yang dijalankan oleh institusi-institusi latihan awam bagi memastikan ianya sejajar dengan keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan latihan vokasional serta memperakukan pindaan dan perubahan yang sesuai;
- Menilai dan menentukan keperluan untuk memperkembangkan program-program latihan sedia ada atau penubuhan program-program latihan baru oleh institusi-institusi latihan awam yang menjalankan latihan vokasional;
- Memberi nasihat kepada kerajaan ke atas kesesuaian cadangan-cadangan mengenai program-program latihan vokasional yang dikemukakan oleh agensi-agensi latihan awam,dengan keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan latihan vokasional;