WARGA JPK     

Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS)

Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS)

 Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS) terbahagi kepada tiga (3) unit:

1. Unit Pengurusan Badan Peneraju Industri (ILB)
  • Mengenalpasti dan mengadakan perbincangan serta khidmat runding bersama organisasi/agensi yang memohon atau diperlukan oleh jabatan untuk pelantikan ILB baharu.
  • Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ILB bagi menentusahkan pelantikan, pembaharuan dan penamatan ILB.
  • Mengurus dan menyelaras aktiviti pemantauan Promosi SPKM seperti SLaPB/SLDN/PPT/NOSS/OF kepada industri.
  • Menyelaras, mengumpul, membuat analisa dan menyediakan laporan aktiviti dan prestasi ILB.
  • Menyelaras pangkalan data penawaran dan permintaan mengikut kehendak industri semasa dan future jobs (penyelarasan dengan ILMIA, DOSM dan industri).
  • Menyelaras dan menguruskan persijilan pekerja industri di bawah ILB berdasarkan sektor industri MSIC.
  • Menyelaras dan menguruskan aktiviti ILB dengan bahagian berkaitan.
  • Menyelaras dan mengadakan perbincangan bersama ILB bagi memastikan OF/ NOSS/Kajian yang akan dibangunkan adalah menepati kehendak industri.
  • Menyelaras pakar industry (ILB) sebagai panel untuk pembangunan OF/NOSS/Kajian.
  • Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK) bidang Ujian Tanpa Musnah bagi menyokong akreditasi Persijilan ISO/IEC 17024.
  • Mengenalpasti Industri dan SME yang bersesuaian dan memenuhi Centre of Technology.

 

2. Unit Kerjasama Strategik
  • Mengenalpasti agensi/industri dan bentuk kerjasama yang akan dijalankan antara agensi/industri dan jabatan.
  • Memberi penerangan dan khidmat runding kepada agensi/industri berkenaan fungsi jabatan.
  • Menyedia dan membangunkan kertas cadangan/dokumen kerjasama.
  • Mengurus dan menyelaras majlis menandatangani MoU/NoU.
  • Menyelaras dan mempertemukan agensi/industri dengan bahagian berkaitan di jabatan.
  • Memantau, menyelaras pelaksanaan dan menyediakan laporan aktiviti kerjasama jabatan dengan agensi/industri.
  • Menganalisa keberkesanan aktiviti kerjasama yang dijalankan bagi memastikan kerjasama tersebut mencapai objektif.
  • Menjalankan kerjasama dengan agensi/industri berkaitan bagi mengenalpasti, mengumpul dan menyelaras maklumat dan data tenaga mahir.
  • Merancang, menyelaras dan menghubungkan agensi kerajaan, institusi TVET dan pemain industri.
  • Mengurus dan menyelaras maklumat job creation dalam teknologi baru kepada institusi TVET (kerjasama dengan Bahagian Komunikasi Korporat, KSM).

 

3. Unit Pengurusan Pengiktirafan Kemahiran
  • Mengenalpasti program dan universiti yang berpotensi dan sesuai dengan pengiktirafan kemahiran.
  • Menyelaras dan mengurus artikulasi sijil dengan universiti tempatan dan luar negara (awam dan swasta).
  • Membuat penyelarasan pemetaan antara SKM/ DKM/DLKM dengan program universiti berkaitan.
  • Memantau dan melaporkan program yang telah ada laluan artikulasi.
  • Penyelarasan bersama KPM/KPT berkenaan data kemasukan, syarat-syarat kemasukan program terkini dan pengecualian kredit.
  • Mengurus dan melaksanakan aktiviti promosi berkenaan dengan laluan kerjaya DKM, DLKM ke Universiti Awam dan swasta.
  • Menyelaras dan mengurus pertemuan antara lepasan DKM/DLKM dengan universiti berkenaan.
  • Menyelaras dan mengurus aktiviti bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan luar seperti agensi/ badan pelesenan (Contoh Suruhanjaya Tenaga, CIDB, TWI terhadap pemegang sijil termasuklah pengiktirafan JPA dan lain-lain agensi)
  • Mengenalpasti persijilan luar/profesional yang boleh dipadankan dengan bidang berkaitan di institusi TVET.
  • Menyelaras pemetaan modul latihan bagi kedua-dua pihak yang berkaitan.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti Centre of Excellence & Centre of Technology antara industri dan agensi TVET berdasarkan teknologi terkini IR 4.0 dan emerging technology.