WARGA JPK     

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia (KPSM)

Bahagian Kewangan, Pentadbiran Dan Sumber Manusia (KPSM)

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM) terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu :-

1. Seksyen Sumber Manusia
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia termasuk latihan dalaman serta luaran.
  • Mengurus tadbir hal-hal perkhidmatan termasuk rekod perkhidmatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, pengisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan, kemudahan elaun dan cuti, persaraan dan tatatertib.

 

2. Seksyen Pentadbiran
  • Mengurus tadbir pejabat JPK Ibu Pejabat.
  • Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
  • Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik.
  • Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara.

 

3. Seksyen Kewangan
  • Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
  • Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
  • Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
  • Mengurus pesanan tempatan.
  • Mengurus terimaan dan Akaun Panjar Wang Runcit.