WARGA JPK     

Bahagian Pentauliahan (BPT)

Bahagian Pentauliahan (BPT)

Bahagian Pentauliahan terbahagi kepada 3 unit iaitu :-

1. Unit Pentauliahan SLaPB
  • Mengurus dan menyelaras aktiviti pentauliahan SLaPB bagi penyedia Latihan kemahiran awam dan swasta di bawah Akta 652 melibatkan 13 negeri (1500 PB, 6000 program).
  • Semakan dokumen pentauliahan SLaPB,berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO (PB Baharu dan Pembaharuan Program).
  • Menguruskan dokumen pentauliahan PB Baharu dan Pembaharuan Program untuk semakan Audit Dalaman dan Luaran ISO.
  • Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan SLaPB
  • Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan SLaPB.
  • Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan PB SLaPB.
  • Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan PB SLaPB
  • Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan SLaPB.Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan PB SLaPB
  • Merancang dan menyelaras keperluan system pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan PB SLaPB
  • Mengurus Mesyuarat Pra Jawatankuasa Teknikal.
  • Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat.
  • Mengurus, melantik panel dan mengadakan bengkel pemetaan Kurikulum bagi pentauliahan induk agensi awam.

2. Unit Pentauliahan SLDN
  • Menyelaras dan menguruskan aktiviti pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah SLDN (Pusat Latihan dan Syarikat) di bawah Akta 652 melibatkan 13 negeri (1600 PB, 4000 program).
  • Menyelaras dan menyemak dokumen pentauliahan SLDN, berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO (PB Baharu dan Penambahan Program).
  • Menguruskan dokumen pentauliahan PB Baharu dan Penambahan Program untuk semakan Audit Dalaman dan Luaran ISO.
  • Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan SLDN.
  • Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan SLDN.
  • Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan SLDN.
  • Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan SLDN.
  • Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan SLDN.
  • Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan SLDN.Merancang dan menyelaras keperluan sistem pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan SLDN.
  • Mengurus Mesyuarat Pra Jawatankuasa Teknikal.
  • Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat.

3. Unit Pentauliahan (Penyelarasan Dan Bimbingan)
  • Menggubal polisi, dasar dan peraturan berkaitan pentauliahan berdasarkan Akta 652.
  • Mengendalikan khidmat runding kepada penyedia latihan/agensi/ industri/ individu.
  • Menyelaras data dan statistik berkaitan pentauliahan.Menyelaras kerjasama dalam dan luar negara berkaitan operasi pentauliahan.
  • Merancang dan menyelaras peruntukan mengurus, amanah dan pembangunan berkaitan pentauliahan.
  • Mengurus dan menyelaras aktiviti pentauliahan PB Antarabangsa
  • Mengurus dokumen pentauliahan NDT berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO.
  • Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan PB Antarabangsa.
  • Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan PB Antarabangsa.
  • Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan PB Antarabangsa
  • Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan PB Antarabangsa
  • Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan PB Antarabangsa
  • Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan PB Antarabangsa
  • Merancang dan menyelaras keperluan sistem pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan PB Antarabangsa,
  • Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Pra dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
  • Menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat PB Antarabangsa
  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.