Bahagian Promosi (BPROMOSI)
Bahagian & Unit
Jumlah paparan: 846
Bahagian Promosi terbahagi kepada 2 Cawangan iaitu;
1. Cawangan Komunikasi Korporat
- Unit Seranta dan Media (USM)
- Merancang, mengurus dan melaksana semua aktiviti promosi berkaitan TVET dan latihan kemahiran melalui aktiviti karnival dan program outreach.
- Merancang, mengurus dan melaksana semua aktiviti promosi berkaitan TVET dan latihan kemahiran melalui pelbagai medium seperti media cetak, media elektronik dan media sosial (MEDsoc/MEDnet).
- Merancang, mengurus dan melaksana semua aktiviti promosi berkaitan TVET dan latihan kemahiran melalui medium billboard, cinema advertisement dan lain-lain.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi TVET dan latihan kemahiran kepada sekolah rendah dan sekolah menengah.
- Mengurus dan menyelaras pengurusan acara bagi sebarang bentuk seminar, persidangan, conference, luncheon talk berkaitan TVET dan latihan kemahiran di peringkat Jabatan.
- Menyelaras program atau aktiviti promosi bersama agensi TVET awam dan swasta.
- Menyelaras program atau aktiviti promosi bersama NGO.
- Menyelaras dan menguruskan perolehan bagi kerja-kerja pencetakan dan penerbitan bahan informasi Jabatan.
- Menyelaras perolehan bahan promosi Jabatan.
- Menyelaras aktiviti Job Fair khusus untuk graduan TVET dan latihan kemahiran.
- Membangunkan video korporat Jabatan, video fungsi bahagian, video promosi TVET dan latihan kemahiran
.
- Unit Perhubungan Awam (UPA)
- Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengurusan khidmat pelanggan dan perhubungan awam dengan berkesan dalam mencerminkan wadah penyampaian utama jabatan secara keseluruhan
- Mengurus, menganalisis dan menyokong modul pendaftaran, penilaian, pentauliahan dan persijilan SLaPB, sistem eNDT, modul industri dan modul statistik di MySPIKE.
2. Cawangan Pertandingan SkillsMalaysia
- Unit Teknikal Pertandingan (UTP)
- Merancang dan menguruskan perkara berkaitan teknikal pelaksanaan Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang merangkumi: .
- Hubungan kerjasama dengan Agensi Pertandingan
- Pengurusan mesyuarat dan promosi pertandingan
- Penyediaan kemudahan tapak, teknikal, peralatan dan bahan guna habis Pertandingan
- Penyediaan mesyuarat tapak pertandingan
- Penyediaan kemudahan personel dan latihan peserta pertandingan
- Merancang dan menguruskan perkara berkaitan teknikal pelaksanaan Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang merangkumi: .
- Unit Pengurusan Pertandingan (UPP)
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa merangkumi:
- Hubungan kerjasama dengan Agensi Pertandingan
- Penyediaan Kertas Kelulusan Dasar,
- Pengurusan mesyuarat dan majlis berkaitan pertandingan,
- Pengurusan perlantikan dan pembangunan Personel/Peserta Pertandingan,
- Perancangan knowledge sharing dan pemantapan pertandingan
- Pengurusan keperluan logistik Kontinjen Pertandingan
- Pengurusetiaan mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) dan
- Pengurusetiaan mesyuarat Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM).
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan Pertandingan Kemahiran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa merangkumi: