WARGA JPK     

Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (BSPKTVET)

Bahagian Standard Pekerjaan & Kurikulum TVET (SPKTVET)

Bahagian Standard Pekerjaan & Kurikulum TVET (BSPKTVET) yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) terbahagi kepada 4 unit iaitu:

1. Unit Pengurusan Kerangka Pekerjaan
  • Mengurus pembangunan OF dalaman -baharu/ kaji semula;
  • Mengurus pembangunan OF secara luaran –baharu/kaji semula;
  • Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Penyelidik; Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf OF;
  • Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel OF (pembangun & Penilai);
  • Memantau pembangunan OF dalaman dan luaran;
  • Mengurus mesyuarat JTDOF;
  • Mengurus mesyuarat JTPOF;
  • Mengurus edaran OF kepada pemegang taruh (stakeholder)/ agensi berkaitan;
  • Mengurus rundingan atau permohonan pembangunan Kerangka Pekerjaan (OF), Standard (NOSS atau NCS), samada permohonan baharu atau kaji semula;
  • Mengurus penentuan tajuk pekerjaan bagi pembangunan NOSS;
  • Mengurus peningkatan kualiti bagi fasilitator;
  • Mengurus dan merancang aktiviti perakuan dokumen NOSS dan perlantikan ahli Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS);
  • Mengurus pengkodan setiap NOSS selepas pengesahan pada peringkat MPKK;
  • Mengurus dan mengawal selia data statistik & daftar NOSS;
  • Mengurus pendaftaran MyIPO untuk dokumen NOSS; dan
  • Mengurus Perolehan OF.

 

2. Unit Pengurusan Standard
  • Mengurus pembangunan NOSS dalaman -baharu/ kaji semula;
  • Mengurus pembangunan NOSS secara luaran –baharu/kaji semula;
  • Mengurus pembangunan NOSS ILB –baharu/kaji semula;
  • Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf NOSS;
  • Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel NOSS (pembangun & Penilai);
  • Memantau pembangunan NOSS dalaman, luaran dan ILB;
  • Mengurus mesyuarat JTPS;
  • Merancang dan memastikan NOSS yang lengkap disediakan bagi keperluan JTS;
  • Mengurus khidmat nasihat dan bimbingan berkenaan Standard;
  • Mengurus dan mengemaskini NOSS di dalam sistem MySPIKE selepas kelulusan dalam MPKK; dan
  • Mengurus Perolehan NOSS.

 

3. Unit Pengurusan Kurikulum
  • Mengurus pembangunan WIM secara dalaman;
  • Mengurus pembangunan WIM secara luaran;
  • Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf WIM;
  • Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel WIM (pembangun & Penilai);
  • Memantau pembangunan WIM luaran;
  • Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (JTPBPP);
  • Merancang dan memastikan WIM yang lengkap dan memenuhi NOSS disediakan bagi keperluan JTBPP;
  • Mengurus dan mengemaskini Bahan Pengajaran & Pembelajaran dalam MySpike (eWIM);
  • Mengurus pengedaran WIM kepada pelanggan;
  • Menyelaras program Khidmat Nasihat Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Berdasarkan COPTPA kepada Pusat Bertauliah; dan
  • Mengurus Perolehan WIM.

 

4. Unit Pengurusan Soalan dan Penilaian
  • Mengurus pembangunan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran;
  • Mengurus pemilihan Fasilitator, dokumentor dan pembaca pruf bagi soalan serta pemilihan panel Soalan (Pembangun & Penilai);
  • Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesah Soalan (JKTPS);
  • Mengurus dan mengemaskini soalan di dalam modul TVET Integrated Assessement (TIA), MySPIKE;
  • Mengurus pemurnian dan pengesahan soalan pusat bertauliah dalam modul TIA;Bertanggungjawab terhadap modul TIA (soalan);
  • Mengurus perolehan semua aktiviti berkaitan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran; dan
  • Melaksanakan kajiselidik kebolehlaksanaan soalan penilaian latihan kemahiran yang telah dibangunkan oleh JPK di pusat bertauliah