WARGA JPK     

Latar Belakang

Latar Belakang

1971

Mula dikenali dengan nama Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK).

1971

1989

Pada 2 Mei 1989 nama LLPPKK telah ditukar kepada Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

2006

Nama MLVK telah ditukar kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berkuatkuasa bermula 1 September 2006.

2006

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) merupakan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) yang ditubuhkan pada 1971. Nama MLVK telah ditukar kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) berkuatkuasa bermula 1 September 2006.

Bagi memperkasa tujuan penubuhannya, JPK telah diperkukuhkan dengan penempatan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah pengurusan Jabatan ini serta penubuhan enam (6) pejabat wilayah mengikut zon iaitu JPK Wilayah Tengah, JPK Wilayah Selatan, JPK Wilayah Utara, JPK Wilayah Timur, JPK Wilayah Sabah & Labuan dan JPK Wilayah Sarawak. 

JPK juga telah diakreditasikan dengan dua (2) persijilan ISO iaitu MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 17024:2015