WARGA JPK     

Latar Belakang

PPT - PENDAFTARAN CALON

1. Syarat Umum Calon PPT
  • Umur:
    • ≥ 17 tahun : Permohonan Program Micro Credential, NCS dan SKM Tahap 1,2 dan 3
    • ≥ 21 tahun : Permohonan Program SKM Tahap 4 (DKM)
    • ≥ 23 tahun : Permohonan Program SKM Tahap 5 (DLKM)
  • Memenuhi pra-syarat seperti yang digariskan di dalam Standard sekiranya berkaitan.
  • Memiliki SKM pada tahap yang lebih rendah bagi permohonan SKM yang lebih tinggi dalam kumpulan program yang sama.
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan pada tahap yang dipohon sama ada di dalam atau di luar negara seperti di Jadual Tempoh Minimum Pengalaman Kerja dalam Bidang Berkaitan.
  • Tidak dibenarkan memohon program yang sama sekiranya telah memiliki SKM/DKM/DLKM bagi program tersebut.
2. Penilaian Kendiri Calon PPT

Calon perlu melaksanakan penilaian kendiri di dalam sistem tersebut bagi menentukan sama ada dirinya telah memenuhi keperluan Standard bagi program yang ingin dimohon dan menilai kompetensi yang dimilikinya.

BilKEPUTUSAN ANALISIS JURANGSTATUS KELAYAKAN
1

100% memenuhi keperluan NOSS (tiada jurang)

Pemohon layak mengemukakan permohonan

2

≤ 30% daripada keperluan NOSS yang dimohon

Pemohon boleh melaksanakan salah satu daripada perkara berikut:

  • Mengikuti kursus atau latihan di PB-PPT atau mana-mana pusat latihan yang menawarkan kursus atau latihan yang berkenaan bagi memenuhi jurang kompetensi berkenaan;
  • Memohon persijilan modular melalui kaedah PPT bagi mana-mana unit kompetensi yang dapat dipenuhi sahaja; atau
  • Mendapatkan pengalaman berkaitan bagi memenuhi jurang kompetensi berkenaan.
3

> 30% daripada keperluan NOSS yang dimohon

Belum layak memohon, namun begitu pemohon boleh :

  • Memohon persijilan modular melalui kaedah PPT bagi mana-mana unit kompetensi yang dapat dipenuhi; atau
  • Mendapatkan pengalaman berkaitan
3. Kaedah Penilaian PPT
BilKAEDAH PENILAIANDEFINISI
1

Portfolio

Proses penilaian melalui semakan dokumen yang mengandungi segala jenis bukti kompetensi secara tersusun dan sistematik, mengikut keperluan setiap profil tugasan Standard/NOSS.

2

Penilaian Amali

Proses penilaian tanpa pembangunan portfolio yang meliputi elemen kemahiran, pengetahuan dan sikap mengikut keperluan Standard/NOSS bidang yang dimohon dan dilaksanakan di Pusat Penilaian Amali (PPA-PPT) yang telah diluluskan.

4. Kadar Fi dan Caj Bagi Permohonan Pendaftaran Sebagai Calon PPT
BilJenis Permohonan PendaftaranKadar fi (Warganegara)Kadar fi (Bukan Warganegara)
1

Program Penuh SKM Tahap 1, 2 atau 3

RM300 / tahap

RM600 / tahap

2

Program Penuh DKM atau DLKM

RM500 / tahap

RM1000 / tahap

3

Program Micro-credential atau NCS

RM300 / permohonan RM300 / permohonan
5. Panduan Pendaftaran
BilTajukMuat Turun
5.1

Panduan Pendaftaran Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Dan Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

  PDF

5.2

Kuatkuasa Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi dan Caj) (Pindaan) 2023 [P.U (A) 90/2023] pada 1 Julai 2023

   PDF

5.3

Contoh Surat Pengesahan Tempoh Pengalaman Bekerja Oleh Majikan

DOC
5.4

Borang Akuan Sumpah bagi calon yang tiada majikan atau bekerja sendiri

DOC
5.5

Borang Akuan Sumpah bagi calon yang memiliki syarikat sendiri

DOCX
6. Panduan Pengguna Sistem MySpike
BilTajukMuat Turun
1

Pendaftaran Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

   PDF

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi
Unit Pendaftaran
  • Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran Aras 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
  • 03 8886 5589
  • 03 8889 2423
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.