Penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) Sepenuhnya Kepada Calon Yang Layak Dipersijilkan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) sepenuhnya kepada calon yang disahkan kelayakan persijilan SPKM bermula 1 Januari 2024. Dengan pelaksanaan Sijil Elektronik ini, maka tiada lagi penganugerahan sijil fizikal oleh JPK.
Sijil Elektronik ini meliputi Penyata Pencapaian (PC), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diperolehi melalui tiga (3) kaedah pelaksanaan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan Akademi Dalam Industri (ADI).
1. Panduan Persijilan
| Bil | Tajuk | Muat Turun |
|---|---|---|
| 1.1 |
Penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) Sepenuhnya Kepada Calon Yang Layak Dipersijilkan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) -kemaskini 2 Februari 2024 |
|
| 1.2 |
Panduan Pengeluaran Sijil Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) - kemaskini 1 Februari 2025 |
|
| 1.3 |
Panduan Permohonan Sijil Gantian melalui Sistem MySPIKE |
2. Borang Permohonan Pengeluaran Sijil
| Bil | Tajuk | Muat Turun |
|---|---|---|
|
2.1
|
Borang Permohonan Sijil (SKM/DKM/DLKM/PC) - JPK/S/PERSIJILAN/01-P3 - kemaskini 1 Februari 2025
|
| Bil | Jenis Persijilan | Warganegara | Bukan Warganegara |
|---|---|---|---|
| 3.1 |
Persijilan baharu SKM melalui kaedah PPT |
RM300 | RM600 |
| 3.2 |
Persijilan baharu DKM/DLKM melalui kaedah PPT |
RM500 | RM1000 |
| 3.3 |
Persijilan baharu PC melalui kaedah PPT |
RM300 | RM300 |
| 3.4 |
Sijil ganti – Rosak |
RM20 | RM20 |
| 3.5 |
Sijil ganti – Hilang |
RM55 | RM55 |
| 3.6 |
Sijil terjemahan |
Tiada | Tiada |
| 3.7 |
Permohonan bagi pertukaran pengiktirafan kemahiran Penyata Pencapaian (PC) kepada SKM/DKM/DLKM |
RM55 / setiap sijil | RM110 / setiap sijil |
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi
Unit Persijilan
-
Unit Persijilan
Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK),
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 8, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
- 03 8886 5589
- 03 8889 2423