WARGA JPK     

Latar Belakang

Pembekuan Permohonan Pentauliahan Program Bagi Program Kejurulatihan Sukan (ET-001-3:2012)

Adalah dimaklumkan bahawa SEMUA aktiviti pentauliahan dan persijilan bagi program Kejurulatihan Sukan (ET-011-3:2012) telah dibekukan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Pembekuan Permohonan Pentauliahan Program Bagi Program Operasi Pengeluaran Plastik ( MC-100-3:2012)

Tarikh : 17 Julai 2013

PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM BAGI PROGRAM OPERASI PENGELUARAN PLASTIK (MC-100-3:2012)

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pentauliahan program bagi program Operasi Pengeluaran Plastik (MC-100-3:2012) telah dibekukan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, pusat bertauliah yang telah mendapat pentauliahan bagi NOSS lama program berkenaan seperti senarai dibawah, boleh meneruskan latihan bagi program tersebut dan hendaklah kemukakan permohonan pembaharuan sekiranya telah tamat tempoh pentauliahan. Permohonan penambahan program juga boleh dikemukakan bagi pusat bertauliah / penyedia latihan kemahiran yang berminat.

Bil
Kod NOSS
 Nama NOSS
1
 PG-010-1
 Juruteknik Rendah Pengeluaran Penyemperitan Plastik (Termoplastik) 
2 PG-010-2  Juruteknik Pengeluaran Penyemperitan Plastik (Termoplastik)
3 PG-010-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Penyemperitan Plastik (Termoplastik)
4 PG-020-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Putaran Plastik (Termoplastik)
5 PG-020-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Putaran Plastik (Termoplastik)
6 PG-020-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Putaran Plastik (Termoplastik)
7 PG-030-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik)
8 PG-030-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik)
9 PG-030-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik)
10 PG-040-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Tiupan Plastik (Termoplastik)
11 PG-040-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Tiupan Plastik (Termoplastik)
12 PG-040-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Tiupan Plastik (Termoplastik)
13 PG-050-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoset)
14 PG-050-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoset)
15 PG-050-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoset)
16 PG-060-1  Juruteknik Rendah Pengeluaran Pengacuan Mampatan Plastik (Termoset)
17 PG-060-2  Juruteknik Pengeluaran Pengacuan Mampatan Plastik (Termoset)
18 PG-060-3  Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Mampatan Plastik (Termoset)

 

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Permohonan Menggunakan NOSS Baru

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1 yang telah bersidang pada 27 Jun 2012 telah memutuskan supaya permohonan menggunakan NOSS baru tidak perlu dikemukakan dengan serta-merta sebaliknya PB/PLK diberikan tempoh masa 6 hingga 12 bulan selepas NOSS baru diwartakan.

Mesyuarat juga memutuskan supaya PB yang memohon untuk pertukaran NOSS di mana tempoh pentauliahan program NOSS lama masih sah dan melebihi 6 bulan sebelum tarikh tamat pentauliahan, perlu mengemukakan bayaran pemprosesan sebanyak RM 200.00 per tahap dan tempoh latihan akan diberikan 3 tahun dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1 semasa.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”

Pengarah Bahagian MOSQ

Panduan Permohonan Pusat Bertauliah Antarabangsa

Syarat-syarat dan Panduan Pusat Bertauliah Antarabangsa (PBAB)

BilTajukMuat Turun
1
Syarat-syarat panduan pentauliahan Pusat Bertauliah Antarabangsa Luar Negarabaru
PDF
2 Proses Kerja Permohonan Pengambilan Pelatih Antarabangsa PDF
3 Panduan Pusat Bertauliah Antarabangsa Dalam Negarabaru   ZIP
4 Proses Kerja Pengambilan Pelajar Asing Dalam Negara PDF
5 Kadar Fi dan Caj PDF

Borang-borang dan Senarai Semak

BilTajukMuat Turun
1
Borang Permohonan Pra-Pendaftaran Pelajar
PDF
2 Borang Permohonan PBAB Luar Negara DOC
3 Borang Permohonan JPK-PAB-1 PDF
4 Senarai Semak Pra-Pendaftaran Pelajar PDF
5 Senarai Semak Permohonan Kod ID Pusat Bertauliah PDF
6 Senarai Semak Pembaharuan Pentauliahan PDF
7 Senarai Semak Pentauliahan Pusat Bertauliah Aantarabangsa Luar Negara PDF
8 Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Pengambilan Pelatih Antarabangsa PDF
9 Senarai Semak Penambahan Program Pusat Bertauliah Antarabangsa Luar Negara PDF
10 Senarai Semak Permohonan Pengambilan Pelatih Antarabangsa PDF

Pelaksanaan Tempoh Latihan Bagi Program Kemahiran Menggunakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Baharu Dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Kredit

Ruj :  JPK/702/1/10 Jld.10 (53)                                                

Tarikh : 24 Dis 2014

Adalah dimaklumkan Jabatan telah memutuskan pelaksanaan tempoh latihan yang baharu selaras dengan penguatkuasaan penggunaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baharu dan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Berasaskan Kredit dalam mempertingkatkan pengurusan dan penyampaian SPKM. Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) hendaklah mematuhi tempoh latihan yang ditetapkan bagi tujuan penganugerahan kelayakan SKM/DKM/DLKM sebagaimana yang dinyatakan dalam NOSS tertakluk kepada jadual tempoh latihan seperti berikut:

BILTAJUKMUAT TURUN
1 Tempoh Latihan NOSS Baharu PDF