Piagam Pelanggan
Korporat
Jumlah paparan: 566
Objektif Kualiti Organisasi
Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif kualiti ditetapkan berdasarkan kepada skop pelaksanaan SPK seperti berikut:
- Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Bagi Pusat Bertauliah Baharu – Mentauliah program latihan kemahiran di Pusat Bertauliah Baharu dan mencapai sekurang-kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh dua (2) bulan bagi setiap permohonan lengkap yang diterima.
- Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) – Membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) dan mencapai sekurang-kurangnya 90% bilangan SKPK siap dibangunkan dalam tempoh tujuh (7) bulan dari keseluruhan SKPK yang dibangunkan.
- Pentauliahan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Baharu – Mentauliah program latihan kemahiran di Pusat Bertauliah SLDN Baharu dan mencapai sekurang-kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh dua (2) bulan bagi setiap permohonan yang diterima.
- Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) Di Bawah Akta 652 – Memantau standard dan kualiti latihan berdasarkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui pemeriksaan di bawah Akta 652 dan mencapai sekurang-kurangnya 85% daripada keseluruhan bilangan pemeriksaan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan di bawah Akta 652 dalam tempoh tiga (3) bulan.
- Pelantikan Badan Peneraju Industri (ILB) – Melaksanakan kerjasama strategik bersama pemegang taruh melalui pelantikan ILB dan pelantikan ILB baharu diselesaikan dalam tempoh empat (4) bulan.
- Pengurusan Penganugerahan Sijil SPKM– Menganugerahkan Sijil SPKM kepada individu yang terampil berdasarkan SKPK dengan sijil elektronik dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Persijilan SPKM (JPPS).
- Pembangunan Kerangka Pekerjaan (OF)– Membangunkan OF untuk rujukan pemegang taruh dan mencapai sekurang-kurangnya 80% bilangan OF siap dibangunkan dalam tempoh sembilan (9) bulan dari keseluruhan OF yang dibangunkan.
- Pengurusan Penyertaan Program Rasmi Antarabangsa– Mengurus penyertaan pegawai jabatan di program rasmi antarabangsa di mana laporan program diterima dalam tempoh 21 hari dari tarikh tamat program.
- Pengurusan Penyertaan Pertandingan Kemahiran– Mengurus penyertaan pertandingan kemahiran dan mencapai sekurang-kurangnya 90% selesai penawaran penyertaan kepada pemohon yang Berjaya dalam tempoh tiga (3) bulan dari tawaran iklan penyertaan.
- 90% aduan yang melibatkan kategori I (tanpa melibatkan tindakan di bawah Akta 652) diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.