Pengenalan
Akademi Dalam Industri (ADI) Perantisan merupakan penjenamaan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. Ianya merangkumi
- Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
- Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).
Objektif Utama ADI Perantisan
Melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
Teknikal : Kecekapan dalam kemahiran dan tugasan khusus mengikut keperluan industri.
Sosial & Kemanusiaan : Kemahiran komunikasi interpersonal, etika profesional, dan tanggungjawab sosial.
Metadologi & Pembelajaran : Keupayaan menyelesaikan masalah serta kebolehan untuk pembelajaran berterusan dan penambahbaikan kendiri.
ADI Perantisan merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan ADI Perantisan boleh dibuat dengan kaedah berikut:
Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
Melibatkan kerjasama di mana Pusat Latihan Kemahiran (PLK) yang berdaftar menyediakan pembelajaran teori, manakala syarikat rakan industri menyediakan latihan amali serta pendedahan sebenar di persekitaran kerja.
Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
Pihak industri bertindak sebagai penyedia latihan yang ditauliahkan dan melaksanakan kedua-dua komponen latihan teori dan amali sepenuhnya di fasiliti syarikat sendiri (In-house).
Tempoh Latihan | Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS. |
Nisbah Latihan | 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan. |
Personel | Personel ADI Perantisan iatu Pengurus, Pengajar dan Coach yang telah dilantik telah mendapat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) |
Kaedah Penyampaian | Lepasan Harian Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat. Lepasan Bulanan Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat. |
Rujukan Standard Latihan | Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN. |
Persijilan | Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
|
Pelepasan Cukai
Syarikat yang menjalankan latihan ADI Perantisan akan mendapat faedah berikut:
a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.