WARGA JPK     

Panduan

Panduan Pendaftaran Pelatih Bekuatkuasa 1 September 2020

Panduan Pendaftaran Pelatih Bekuatkuasa 1 September 2020

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah menguatkuasakan Panduan Pentauliahan Program Dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia - Pendaftaran Pelatih bermula 1 September 2020. Dengan berkuatkuasanya panduan ini, Panduan Dan Syarat Pendaftaran Pelatih Dalam Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bertarikh 1 Januari 2019 (JPK/700/74 (2) Pind. 1 (2018)) dan Panduan Pendaftaran Pelatih Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Pentauliahan 2012 bertarikh 1 April 2012 ( JPK/700/74 (2)) adalah terbatal.

Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan :

i. Panduan Pentauliahan Program Dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia - Pendaftaran Pelatih [JPK/700/74 Jld 1 ( 4 ) Pind. 1 (2020)]
ii. Borang Senarai Semak Permohonan Pendaftaran Pelatih (JPK/PENDAFTARAN/01/P4)

BILTAJUKMUAT TURUN
1 Panduan Pendaftaran Pelatih 1 September 2020 PDF
2 Borang dan Senarai Semak pendaftaran Pelatih PDF