WARGA JPK     

SLaPB - PERSIJILAN

Penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) Sepenuhnya Kepada Calon Yang Layak Dipersijilkan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Notis Pemakluman eCertificate

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) sepenuhnya kepada calon yang disahkan kelayakan persijilan SPKM bermula 1 Januari 2024. Dengan pelaksanaan Sijil Elektronik ini, maka tiada lagi penganugerahan sijil fizikal oleh JPK.

Sijil Elektronik ini meliputi Penyata Pencapaian (PC), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang diperolehi melalui tiga (3) kaedah pelaksanaan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan Akademi Dalam Industri (ADI).

1. Panduan Persijilan
BilTajukMuat Turun
1.1

Penganugerahan Sijil Elektronik (eCertificate) Sepenuhnya Kepada Calon Yang Layak Dipersijilkan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) -kemaskini 2 Februari 2024

   PDF

1.2

Panduan Pengeluaran Sijil Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) - kemaskini 1 Februari 2025

  PDF
2. Borang Permohonan Pengeluaran Sijil
BilTajukMuat Turun
2.1

Borang Permohonan Sijil (SKM/DKM/DLKM/PC) - JPK/S/PERSIJILAN/01-P3 - kemaskini 1 Februari 2025

  • Sijil Rosak/Ganti – Salah Cetak/Rosak/Hilang
  • Terjemahan Sijil (Translation)
  • Transkrip
  • Persijilan Tahap Rendah (Single-Tier)
  • Persijilan Penuh oleh pemegang PC-CU
  • Persijilan PC-CU oleh pemegang PC-WA

   PDF

3. Transkrip Bagi Graduan DKM/DLKM Untuk Tujuan Kemasukan Ke Program Ijazah Sarjana Muda
BilTajukMuat Turun
3.1

Panduan Permohonan Transkip Manual 2020 - kemaskini 11 Ogos 2021

    PDF

3.2

Borang Permohonan Transkrip SLaPB - kemaskini 11 Ogos 2021

    XLS

4. Kadar Fi dan Caj Persijilan
BilJenis PersijilanWarganegaraBukan Warganegara
4.1

Persijilan baharu SKM/PC melalui kaedah SLaPB 

RM100

RM200

4.2

Persijilan baharu DKM/DLKM melalui kaedah SLaPB 

RM200

RM350

4.3

Persijilan baharu PC melalui kaedah SLaPB

RM100 RM200
4.4

Sijil ganti – Rosak

RM20 RM20
4.5

Sijil ganti – Hilang

RM55 RM55
4.6

Sijil terjemahan

Tiada Tiada
4.7

Transkrip

Tiada Tiada
4.8

Permohonan bagi pertukaran pengiktirafan kemahiran Penyata Pencapaian (PC) kepada SKM/DKM/DLKM

RM55 / setiap sijil RM110 / setiap sijil
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi
Unit Persijilan
  • Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK), Jabatan Pembangunan Kemahiran Aras 8, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
  • 03 8886 5589
  • 03 8889 2423