Pengenalan
- Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT)
- Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT) adalah skim persijilan kebangsaan bagi program NDT yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. Sehingga kini, sejumlah besar tenaga kerja mahir bidang NDT yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, petrokimia, penjanaan kuasa, automotif, pembuatan dan sebagainya telah berjaya dilahirkan.
Polisi
- Mengesahkan pengetahuan dan kekompetenan melalui kaedah ujian teori dan amali bagi tahap yang ditetapkan berpandukan ISO 9712:2021
- Menyediakan bukti berdokumen bagi pemohon-pemohon yang berjaya melalui penganugerahan sijil SKM
- Menyediakan satu sistem persijilan kepada pemegang SKM NDT yang diiktiraf oleh mana-mana badan persijilan lain, pihak industri, pihak berkuasa dan persatuan-persatuan samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berpandukan ISO 9712:2021.
- Menyediakan sistem persijilan yang telus, adil dan saksama kepada semua pemohon-pemohon yang berkelayakan.
Objektif
- Mengurus permohonan peperiksaan mengikut syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan NDT
- Mengeluarkan Sijil NDT bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Persijilan NDT.
Pelaksanaan persijilan SPKM-NDT adalah berasaskan Standard Antarabangsa ISO 9712:2021 dan JPK merupakan badan persijilan tunggal kerajaan bagi skop NDT di Malaysia yang memperolehi akreditasi MS ISO/IEC 17024:2012 daripada Jabatan Standards Malaysia (JSM) mulai 3 Oktober 2012 sehingga kini. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2021. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT.
Skim persijilan SPKM NDT yang berasaskan ISO 9712:2021 merupakan inisiatif yang digerakkan oleh JPK untuk memastikan proses kerja dan kawalan kualiti dalam mempersijilkan seseorang personel NDT diseragamkan dengan amalan antarabangsa. Dengan pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 ini, pelaksanaan Skim Persijilan SPKM NDT JPK telah memenuhi standard, tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh industri dan persijilan personel NDT di bawah skim adalah standing dengan pensijilan-pensijilan lain yang digunapakai di peringkat antarabangsa.
Program NDT yang ditawarkan oleh JPK adalah seperti berikut;
i. Pemeriksaan Radiografi
ii. Pengujian Arus Pusar
iii. Pengujian Penembusan
iv. Pemeriksaan Ultrasonik
v. Pengujian Partikel Magnetik
vi. Pentafsiran Radiografi
vii.Pemeriksaan Radiografi – Digital
ISO 9712:2021 (Qualification and Certification of NDT Personnel) merupakan satu dokumen yang menggariskan keperluan spesifik yang standard bagi kelayakan dan persijilan personel yang melaksanakan pengujian NDT kepada pihak industri.
ISO/IEC 17024 (Conformity Assessment: General Requirements for Bodies Operating Certification of Persons) merupakan satu dokumen yang menggariskan keperluan am bagi badan pensijilan dalam mematuhi kesaksamaan dalam setiap keputusan pensijilan dan memastikan penilaian yang membawa pensijilan dilaksanakan secara adil, sahih dan dipercayai.
Hubungi Kami
- Mohd Sarfudin bin Awang
- Penolong Kanan Pengarah
- 03-8886 2465
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Ts. Suliyana binti Saraman
- Penolong Kanan Pengarah
- 03-8886 5483
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Encik Abdul Rahim bin Mustafa Khalid
- Penolong Kanan Pengarah
- 03-8886 5295
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Encik Mohd Helmi bin Zainal
- Pegawai Kanan Pembangunan Kemahiran
- 03-8886 2466
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Encik Zainal bin Abd Jalil
- Pegawai Pembangunan Kemahiran
- 03-8886 5641
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.