WARGA JPK     

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian 03-8886 5589/5817 atau email kepada kami di jpk[at]mohr[dot]gov[dot]my.

  1. Apa yang dimaksudkan dengan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)?

    SLDN merupakan satu sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang melibatkan kerjasama antara pusat latihan SLDN dan syarikat/industri yang telah ditauliahkan oleh JPK. Pendekatan latihan SLDN ditentukan secara bersama antara pusat latihan SLDN dan syarikay/industri secara Day Release atau Block Release. Maklumat lanjut berkaitan SLDN boleh didapati melalui pautan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

  2. Bilakah lawatan pentauliahan akan dilakukan setelah dokumen permohonan pentauliahan program dikemukakan kepada JPK?

    Lawatan pentauliahan akan dilakukan sebaik sahaja dokumen yang dikemukakan disemak dan disahkan lengkap.

  3. Bagaimanakah cara untuk menyemak permohonan pentauliahan SLDN yang dibuat telah diluluskan oleh JPK?

    Bagi permohonan yang telLatihan rtauliah akan menerima Sijil Akuan Pentauliahan. Walaubagaimanapun, bagi semakan awal berkaitan status kelulusan permohonan pentauliahan, semakan boleh dibuat melalui pautan www.esldn.gov.my

  4. Bolehkan personel yang belum menghadiri Kursus Induksi SLDN dilantik sebagai personel SLDN (Pengurus Pusat Bertauliah SLDN / Penyelaras / Coach / Pengajar)?

    Tidak boleh. Semua personel yang di lantik sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN / Penyelaras / Coach / Pengajar hendaklah menghadiri Kursus Induksi SLDN terlebih dahulu sebelum dilantik sebagai personel SLDN.

  5. Bagaimanakah cara untuk memohon menyertai Kursus Induksi SLDN?

    Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan http://www.ciast.gov.my

  6. Saya telah tamat latihan SLDN tetapi masih belum menerima sijil. Bagaimana saya boleh menyemak status pengeluaran sijil saya?

    Semakan persijilan boleh dibuat di www.myspike.my

  7. Berapakah fi pendaftaran perantis yang dikenakan kepada perantis SLDN?

    Fi pendaftaran dan persijilan perantis adalah sebanyak RM100 yang dibayar menggunakan Kiriman Wang (Money Order) / Bank Draf atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

  8. Apakah syarat-syarat untuk menjadi perantis program SLDN?

    Syarat-syarat umum adalah

    • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap;
    • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
    • Berumur 16 tahun ke atas; dan
    • Kriteria kelayakan minimum perantis hendaklah memenuhi keperluan yang ditetapkan di dalam NOSS.
    (*Nota: Walau bagaimanapun sesetengah syarikat meletakkan beberapa syarat tambahan mengikut keperluan mereka.)

  9. Apakah yang dimaksudkan dengan K-SLDN?

    K-SLDN adalah kurikulum atau format penilaian praktikal yang digunapakai oleh Pusat Bertauliah SLDN yang melaksanakan program SLDN. Sehingga kini pembangunan K-SLDN hanya dibangunkan untuk sebahagian program sahaja. Dokumen ini banyak membantu coach dalam proses penilaian secara praktikal. Senarai K-SLDN yang telah dibangunkan boleh dirujuk melalui pautan https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/sistem-latihan-dual-nasional-sldn

  10. Bolehkah personel SLDN samada coach atau pengajar dilantik dikalangan professional warga asing?

    Berdasarkan Panduan Pentauliahan SPKM melalui kaedah SLDN (2017), personel SLDN boleh dilantik dikalangan professional warga asing sebagai coach atau pengajar dengan syarat telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

  11. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan perantis SLDN?

    Pusat Bertauliah SLDN boleh membuat pendaftaran perantis secara atas talian di pautan www.esldn.gov.my

  12. Adakah SKM melalui kaedah SLDN boleh dikeluarkan dalam dwibahasa?

    SKM hanya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, sijil terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan secara bertulis kepada Bahagian SLDN.

  13. Apakah syarat kemasukan program SLDN ke tahap yang lebih tinggi?

    Calon hendaklah memiliki SKM satu tahap lebih rendah dalam program pakej NOSS yang sama

  14. Bolehkah saya mendapatkan semula bayaran pendaftaran sekiranya terdapat perantis yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan? Bolehkah saya menggunakan bayaran tersebut untuk pengambilan akan datang?

    Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan. Penyedia latihan perlu memastikan perantis telah memenuhi kriteria sebelum membuat permohonan pendaftaran. Bayaran tersebut juga tidak boleh digunakan untuk pengambilan yang akan datang.

  15. Bolehkah coach yang dilantik menjadi perantis dalam masa yang sama?

    Tidak Boleh. Peranan sebagai coach dan perantis dalam satu masa adalah tidak dibenarkan.

  16. Berapakah jumlah bayaran sijil gantian?

    Bayaran gantian sijil adalah seperti berikut mengikut situasi di bawah:

    • Sijil Rosak / Salah cetak: RM20
    • Sijil Hilang: RM55
    Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan Bank Draf / Kiriman Wang / Pesanan Kerajaan (L.O) atasnama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. Maklumat lanjut boleh di perolehi melalui laman sesawangberikut: https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/sistem-latihan-pusat-bertauliah-slapb/pendaftaran-persijilan