WARGA JPK     

2024

Tarikh Akhir Penerimaan Pesanan Tempatan (LO-Terimaan) Di Jabatan Pembangunan Kemahiran

PEMAKLUMAN

 

TARIKH AKHIR PENERIMAAN PESANAN TEMPATAN (LO – TERIMAAN) Dl JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Dimaklumkan bahawa, semua bayaran berkaitan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Pengiktrafan Pencapaian Terdahulu (PPT), Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan NOSS mengunakan Pesanan Tempatan (LO – Terimaan) Sahaja yang dihantar menggunakan sistem e-Perolehan atau secara Manual hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 November 2024. Manakala tarikh terakhir Pengeluaran Invois Pembayaran adalah pada 22 November 2024. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 30 November 2024 bagi mengelakkan Tunggakan Akaun Belum Terima di Jabatan Pembangunan Kemahiran selaras persediaan Penutupan Akaun Akhir Tahun JPK 2024.

Sekian Terima Kasih.

**Rujukan: JPK 400-3/8/5 (31) bertarikh 9 Oktober 2024.

**Sila pastikan dokumen lengkap bagi tindakan Seksyen Kewangan, Bahagian KPSM, JPK.